Tidak Dilancarkan Seperti Yang Ditetapkan, Mazda Belum Pastikan Tarikh Sebenar!

Hanya ditunda dan bukan dihentikan. Para peminat Mazda boleh menarik nafas lega kerana menurut pengeluar kereta tersebut, mereka masih berminat menggunakan kembali enjin rotary untuk model MX-30 tetapi ia tidak akan diadakan pada pertengahan tahun pertama 2022 seperti yang disahkan sebelum ini.

Menurut laporan Automotive News, jurucakap Mazda saudara Masahiro Sakata, syarikatnya masih lagi mempertimbangkan kegunaan enjin rotary tetapi buat ini ia masih belum dapat dipastikan bila akan bermula.

Pada awal tahun lalu, Mazda Amerika Utara telah mengesahkan bahawa model MX-30 dengan enjin rotary akan diperkenalkan di Amerika Syarikat. Namun, melihat situasi semasa, para peminat di Amerika terpaksa bersabar kerana ia mungkin memakan lebih banyak masa.

Pelbagai khabar angin yang mula tersebar dan menurut laporan media dari Jepun, bahawa Mazda telah mengubah enjin rotary ini sepenuhnya kerana memerlukan bateri yang lebih besar sekaligus memakan kos yang sangat mahal.

Dengan kata lain, enjon rotary Mazda akan tetap digunakan kembali tetapi sebagai teknologi bantuan kuasa untuk beberapa siri dan menawarkan hybrid secara plug ini. Ia diakatakan dapat mengurangkan bateri yang secara tidak langsung mengurangkan kos yang mahal.

Dalam laporan Automotive News itu turut mengatakan, plug-in dan siri hybrid dilengkapi dengan enjin rotary yang bakal dilancarkan di antara tahun 2022 dan 2025. Enjin tersebut tidak akan menguasakan roda secara terus dan bertindak sebagai generator. Sama seperti pengecas sendiri Nissan, e-Power.

Sumber : Motor1 / Automotive News