Pernahkah anda rasa kurang yakin untuk mengambil selekoh atau kurang selamat setiap kali memecut dan membrek? Kurangnya keyakinan ketika memandu di jalan berkelok-kelok atau bengkang-bengkok membuatkan anda cenderung memperlahankan kenderaan dan memijak brek berkali-kali. Kalau bernasib baik, pemandu di belakang hanya memintas dan mungkin juga, anda dihon panjang. Ya, perkara itu biasa terjadi.
Jika pernah mengalami semua perkara di atas, maka sudah tiba masanya untuk anda memasang strut bar pada kereta. Apakah kepentingan pemasangan strut bar dan fungsinya pada kereta? Bagi makluman, pemasangan strut bar ini berfungsi dalam penyebaran daya apabila membelok atau dalam erti kata yang lain, memberi kestabilan setiap kali anda membelok. Selain itu, ia juga menguatkan casis kenderaan. Salah satu pengeluar strut bar yang amat dipercayai adalah Type One Safety Bar, sebuah jenama dan produk buatan Malaysia!
Apa Itu Type One Safety
Salah satu yang perlu anda tahu, jenama ini mengeluarkan produk untuk pelbagai jenis kenderaan untuk pasaran di Malaysia. Lebih istimewa lagi, produk yang dikeluarkan cukup berkualiti dan harga yang ditawarkan pula setanding kualiti. Bukan itu sahaja, setiap produk keluaran Type One Safety Bar didatangkan dengan Lifetime Warranty (tertakluk kepada terma dan syarat).
Bagi membuktikan kesahihan kehebatan kualiti yang ada pada produk keluaran Type One Safety Bar ini, satu demonstrasi telah dilakukan. Demi menyempurnakan tujuan ini, sebuah Proton X70 yang baharu telah dipilih dan dipasang dengan beberapa bar tambahan dari Type One Safety Bar.
Sebanyak 3 bar telah dipasangkan pada kereta Proton X70 ini iaitu 2 unit front lower bar dan juga 1 unit middle lower bar. Mungkin tidak ramai yang tahu tapi Proton X70 ini dibina bukan untuk extreme driving sebaliknya untuk pemanduan yang lebih selesa. Jadi, tidak hairanlah bila ada pengguna yang mahukan rasa keras apabila memandu Proton X70. Adakah Type One Safety Bar mampu memenuhi kehendak pengguna?
Menurut juruteknik Type One Safety Bar, saudara Ken memberitahu bahawa pemasangan bar ini akan memberikan chasis Proton X70 lebih keras sekali gus memberikan kestabilan khususnya ketika mengambil selekoh.
Pemanduan Lebih Cekap
Selepas ketiga-tiga bar dipasangkan, tiba masa untuk sesi ujian sama ada terdapat perubahan ketika memandu atau sebaliknya. Menerusi beberapa ujian yang dilakukan, dapat dilihat dengan jelas jarak yang diambil Proton X70 ketika membelok adalah lebih jauh berbanding selepas ia dipasangkan dengan strut bar Type One Safety Bar.
Sesi demonstrasi atau sesi ujian ini berjaya membuktikan pemasangan strut bar dari Type One Safety Bar ini membantu dalam menguatkan chasis kenderaan bagi pemanduan yang lebih efisien. Bukan itu sahaja, Proton X70 ini turut dipandu di atas permukaan yang beralun dan hasilnya pemanduan menjadi lebih cekap. Tidak lagi berbuai-buai atau bergoyang sehingga mengganggu pemanduan.
Stabil Dan Selesa
Satu lagi perkara yang perlu anda tahu, tidak ada sebarang modifikasi dilakukan kepada Proton X70 ini dalam kerja pemasangan strut bar Type One Safety Bar. Tiada sebarang pemotongan, drill atau apa-apa penambahan lain kecuali 2 set skru yang didatangkan bersama strut bar. Tidak perlu bimbang untuk memasang strut bar Type One Safety Bar ini kerana ia tidak mengganggu waranti kereta.
Ketahui lebih banyak produk keluaran Type One Safety Bar di sini;
Type One Stable Bar
N0 19 Jalan KIP 7,
Taman Perindustrian KIP 52200 Kuala Lumpur.
No Tel : 03-6277 3028
H/P: 60 17-303 3638 ( David)
Emel : typeone.info@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/typeone.info/
Web : https://www.typeone.com.my/index.php