Throwback : Long Live VRC!

Kelab Kereta Galant VR4 Malaysia (VRC) menganjurkan konvoi ke Krabi Thailand, bagi mengisi waktu riadah bersama rakan dan keluarga. Seramai 25 orang ahli telah menyertai acara ini, terdiri daripada 8 buah Galant VR4 dan sebuah Toyota Hilux.

Konvoi bermula di R&R Sungai Buloh, sebelum memulakan perjalanan ke Utara tepat jam 11.00 malam. Mereka tiba di Pekan Changlun Kedah pada jam 6.00 pagi, dan singgah ke rumah Abg Zuhri (orang lama VRC) untuk sarapan pagi. Konvoi kemudian meneruskan perjalanan ke Kompleks Imigresan Padang Besar bagi urusan masuk ke sempadan Thailand. Sejurus selesai, konvoi bergerak ke lokasi penginapan di Hotel Regency Hatyai, sebelum ke Samilla Beach untuk aktiviti santai.

Perjalanan ke Krabi diteruskan keesokan harinya. Mereka menghabiskan masa selama 4 hari di sini, untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dirancang. Antaranya island hopping, menaiki gajah, lawatan ke Heaven 7 dan lain-lain. Sebelum pulang ke tanah air, konvoi kembali singgah bermalam di Hatyai, sambil melawat ke kawasan tumpuan seperti Floating Market, Asian Night Market dan trek sukan drag di Songkla.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta kerana berjaya mengharungi cabaran konvoi kali ini. Terima kasih juga kepada ahli VRC lain atas sokongan yang diberikan.

-LONG LIVE VRC-