Throwback : Konvoi Riadah Port Dickson


Idea penubuhan Civic X Community Malaysia (CXC) dimulakan oleh Saudara Raduan (Wan Ampang) menerusi laman sosial Facebook, bagi membolehkan para pemilik Civic FC berkongsi minat, maklumat dan pengalaman tentang model ini.

Atas persetujuan bersama, CXC telah menganjurkan program konvoi riadah ke pantai peranginan Port Dickson. Sebanyak 68 buah kereta dari Lembah Kelang, Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan telah mengambil bahagian dalam acara ini.

Ahli-ahli Lembah Kelang bergerak dari beberapa lokasi, sebelum bertemu di Hentian Rehat Mambau. Selesai sesi pendaftaran, mereka memulakan perjalanan ke Port Dickson pada jam 10.45 pagi dan bertemu rakan-rakan dari Melaka dan Negeri Sembilan yang menunggu di sana.

Parkir Pantai Cahaya dipilih sebagai lokasi pertemuan. Mereka kemudian bersama-sama menyediakan makanan, termasuk persiapan untuk acara BBQ. Kesempatan juga digunakan untuk bersantai dan mandi manda di persisiran pantai. Acara ini tamat sekitar jam 3.00 petang.

Kepada pemilik Civic FC yang ingin menyertai komuniti ini, hubungi Saudara Wan Ampang di talian 016-357 1734 atau layari Facebook: Civic X Community Malaysia.