Dianjurkan oleh 2ZZ-GE Division dan Carlz Lubricant, Carlz Vios Drag Challenge telah berlangsung Pekan Speedway, Pahang. Dikhususkan kepada pemilik Toyota Vios, ia menerima sambutan yang cukup menggalakkan apabila disertai hampir 150 buah jentera dari seluruh pelusuk negara termasuk Thailand.
Perlumbaan dibahagikan kepada 8 kategori iaitu 1.5 Auto No Box, 1.5 Auto With Box, 1.5 Manual No Box, 1.5 Manual With Box, Turbo & Supercharger, 1.8 Open, Drag Queen dan Drag King. Walaupun kebanyakan peserta kurang berpengalaman, mereka langsung tidak kekok untuk cuba beraksi. Tidak kurang hebatnya barisan peserta wanita yang bersaing dalam kategori Drag Queen.
Kemuncak acara menyaksikan jentera milik Saudara Saypown Asri dari Langkawi menyandang gelaran Vios Drag King. Manakala Saudari Kechik Kck dari Central, membawa pulang gelaran Vios Drag Queen.
Majlis penutup disempurnakan dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang serta ucapan penutup dari pihak penaja utama, Carlz Lubricant. Sekalung penghargaan diucapkan kepada barisan penaja bersama, serta semua kelab yang telah menghantar wakil untuk menjayakan acara ini. Semoga usaha dan kerjasama seperti ini, akan diteruskan lagi pada masa hadapan.