Throwback : Cetuskan Suasana Serba Meriah Dalam Acara Ini


Dianjurkan oleh Prosat Motorsport, kumpulan pemilik Proton Satria telah mengadakan acara Satria Day bertempat di MAEPS Selangor. Ia menerima sambutan yang amat menggalakkan apabila disertai hampir 4,000 buah kereta, membabitkan tidak kurang dari 40 buah kelab dan komuniti Satria seluruh negara.

Penganjuran acara ini bertujuan untuk meraikan para pemilik Satria, seperti yang dilakukan oleh pemilik model lain. Selain mengeratkan hubungan silaturahim, kesempatan berkumpul seperti ini juga membolehkan mereka bertukar pendapat dan meninjau tentang corak modifikasi. Sebagai tanda sokongan, mereka turut mendapat tajaan dari beberapa pihak seperti Fleet Oil, Mentari Performance Academy, Carroof Motorsport, Zaim Auto Services, Nuex Garage dan lain-lain.

Pelbagai aktiviti telah diatur sepanjang acara berlangsung. Antaranya pertandingan autoshow, gerai pameran dan jualan produk automotif, permainan stimulasi, serta perlumbaan gymkhana yang dikendalikan oleh Sucimuci Motorsport. Ia turut diselangselikan dengan acara cabutan bertuah, yang menyediakan pelbagai hadiah menarik sumbangan pihak penaja.