Throwback : Beri Peluang Kepada Ahli Beri Aksi-Aksi Menarik

Malaysia Skyline R33 Club (Thirty Three Tribe) menganjurkan acara TigaTigaDay di Litar Dato Sagor, Kg Gajah Perak. Hasil perancangan awal yang dilakukan, seramai 30 orang ahli kelab serta 20 orang rakan-rakan yang lain telah menyertai acara ini.

Acara permotoran ini dibahagikan kepada tiga jenis sukan iaitu drag, time attack dan drift. Keadaan cuaca yang baik, membantu kelancaran perlumbaan tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Bagaimanapun hujan lebat yang turun pada sebelah petang, memberi peluang kepada para peserta untuk melakukan aksi drift yang lebih menarik. Acara tamat sejurus selesai sesi memotong kek ulang tahun serta penyampaian hadiah kepada pemenang.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Bob BRX, NoEqual.Co dan Adrenaline Impact selaku rakan media, serta semua yang terlibat menjayakan acara ini. Diharapkan lebih ramai ahli kelab dapat mengambil bahagian pada tahun hadapan.

Menurut Encik Ahmad Zafri selaku presiden kelab, komuniti Skyline R33 telah wujud sejak tahun 2000 dan hanya bergerak dalam kelompok yang kecil. Hasil kesepakatan bersama, ia telah dijenamakan semula pada penghujung tahun 2016 dan memiliki ahli aktif yang datang dari seluruh negara.