The Machine

Keseronokkan Main Kereta Bukan Terletak Pada Jenama Tapi Usaha Untuk Mendapatkannya

Memiliki sebuah kereta mewah sport adalah impian ramai orang di luar sana. Namun ini adalah sesuatu yang bukan mustahil jika anda berusaha untuk mendapatkannya. Ya, harganya bukanlah murah. Tetapi, tahukah korang semua, ada pemilik yang kadang-kadang sanggup mengubahsuai kereta mereka sampaikan sama dengan harga sebuah kereta tu balik?

Apa-apa kereta pun sama. Janji fulus ada. Demi kepuasan, seseorang itu sanggup berhabis. Jika dahulunya selalu digayakan oleh orang-orang ternama ataupun menjadi minat bapak-bapak kita sahaja. Namun, sejak memasuki tahun 2014 ke 2015, tiba-tiba Mercedes menjadi buruan setelah model AMG memperkenalkan deretan jentera yang tampak sangat bergaya dan berkuasa.

Dengan hanya enjin 2.0 liter tetapi boleh dapat sebuah jentera yang benar-benar mampu beraksi liar di atas jalanraya. Barisan model A Class dan C Class, AMG mempertaruhkan jentera yang nampak gayanya mula digilai. Rekabentuk tampak lebih menarik serta nadi yang berkuasa membuatkan ianya mendapat tempat di hati ramai peminatnya. Harga belakang kira, yang penting power.

Pertama kalinya A45 AMG diperkenalkan sebagai Edition 1 kemudiannya keluar pula Facelift dan sekarang A45s yang benar-benar menggugat iman seseorang. Para pemilik A45 kebanyakkannya orang-orang muda. Bila muda, maka nafsu mereka besar untuk menaik taraf jentera mereka. Jaranglah ada yang stok kilang. Paling kuat pun mesti ada yang akan upgrade stage 2. Percayalah!

A45 keluaran 2017 ini nampak ringkas je. Tapi bukan mainan biasa ye. Enjin berkuasanya dinaik taraf dengan penggunaan sistem ekzos lengkap dari Remus. Yang pasti, bunyinya memang belanja. Kita boleh tahu yang AMG ni ada identiti tersendiri. Untuk talaan lebih baik, unit elektroniknya turut dinaik taraf. Ecu asalnya mungkin tidak cukup power dan terpaksa diubah keseluruhannya. Dengan sedikit sentuhan pun sudah mampu meningkatkan kuasa kudanya.

Sistem breknya juga diubah dengan pemasangan Brembo 4 pot di bahagian hadapan. Bukan sebab kaliper lama tak cukup baik, tetapi dengan pemakaian kaliper ini, kadar cengkaman akan menjadi lebih berkuasa serta jenamanya yang memang terbukti di atas litar lumba.

Bahagian dalamnya juga masih lagi kekal tanpa sebarang sentuhan melampau. Cuma beberapa komponen asal digantikan dengan peralatan dari bahan gentian karbon. Penampilan luar jentera ini juga diubah dengan pemakaian ‘facelift’ dari bahan gentian karbon. Memang nampak biasa aje, tapi dia punya harga, jangan ditanya.

Rim Volk Racing ZE40 berukuran 19 inci menjadi pilihan untuk dikenakan pada jentera ini. Tayar berprestasi Michelin PS4s mengambil tempat untuk kadar cengkaman lebih baik. Ringkas je kan. Tak perlu pun nak modified lebih-lebih sebab kereta ni dah ada pakej yang membuatkan korang tak sakit kepala. Cuma, harga dia je yang memeningkan kepala…

Spesifikasi
Kereta : Mercedes A45 AMG 2017
Modifikasi Enjin : AMG Performance, exhaust full Remus
Transmisi / Gearbox : AMG
Elektronik / ECU : TCU Upgrade AMG Ratio
Suspensi & Cesi : AMG Performance
Brek : Brembo 4pot
Roda & Tayar : Volk Racing ZE40 19”, tayar Michelin PS4s
Dalaman : AMG
Luaran : AMG Facelift CF
Bengkel & Tuner : Probation E & Volks Maniac & GT Garage