The Lagendary Icon; Jual Tak Kaya, Simpan Tak Miskin

Sebagai seorang yang menghargai kereta dan juga berkemampuan, kita akan memastikan harta kita sentiasa berada dalam keadaan yang sangat ‘tip-top’ dan sedap untuk dipandang. Jarang kita jumpa seorang suri rumah meminati kereta dan sanggup berhabis untuk jentera kesayangan mereka tetapi realitinya ada. Botak nama gelarannya, pemilik pelbagai jenis sukan dan termasuklah Mitsubishi Evolution 6.5 TME ini!

Jika sebelum ini, beliau terkenal dengan sebuah Nissan Skyline R34 GTR (replica Z Tune) yang sangat popular di Malaysia. Kini, sebuah lagi antara model yang ‘rare’ dekat Malaysia telah menjadi hak milik beliau. Evo TME ini dbeli dan dilakukan proses naik taraf semula dan hasilnya seperti yang dapat dilihat sekarang.

Nadi 4G63T ini semestinya tidak dibiarkan dalam keadaan stok sahaja. Haruslah mendapat isi-isi baru yang lebih berprestasi. Ruangan blok telah dihuni oleh piston CP berukuran 85mm yang berpadanan bersama conrod dari H Beam. Kepala silinder mendapat sentuhan dari pihak Nasty dan seterusnya dipasangkan dengan aci sesondol dari HKS yang diikat kemas bersama pulley juga dari HKS.

Beberapa peralatan lain yang turut membantu dalam penghasilan kuasa lebih terurus enjin ini adalah turbo AR70, blow-off dan wastegate Tial, radiator dari Forged, kipas radiator Spal, timing belt HKS dan keseluruhan enjin ini kemudian ditala melalui unit ecu FCon Pro versi 3.3 oleh Mat Pineng semestinya.

Kelancaran sistem penyampaian bahan api ke enjin diperkasakan oleh pam dari jenama Bosch menyedut dan menghantar ke pelaras Sard yang kemudiannya terus ke bahagian rel yang dipadankan dengan injector bersesaran 1000cc. Gas karbon monoksida hasil dari pembakaran dalam enjin kemudian di hantar keluar melalui sistem ekzos titanium Apexi.

Kuasa sepenuhnya dari enjin kemudian dihantar terus ke bahagian roda melalui kotak gear RS dikunci sepenuhnya yang dihuni oleh klac berprestasi tinggi dari HKS. Set suspensi boleh laras Ohlins digunakan untuk memberi tahap kestabilan lebih baik serta membantu dalam memberi kawalan lebih berkuasa ketika dipacu di atas jalan raya.

Untuk memberhentikan jentera ini dalam apa jua kelajuan, sistem brek Endless 6 pot dipasangkan di bahagian depan dan belakang. Maka, tidak perlu rasa ragu-ragu jika mahu menguji kuasanya ke tahap yang maksima. Ruang dalaman jentera ini masih dikekalkan dengan aksesori dan peralatan asal TME. Bermula dari tempat duduk, stereng dan segala-galanya masih lagi asli.

Di bahagian papan pemuka terdapat meter Defi 7 beradik bagi membantu pemantauan enjin dari dalam kokpit jentera ini. Untuk keselamatan dan mengukuhkan keseluruhan badan jentera ini, ia dipasangkan dengan sistem ‘roll-cage’serta bar stabilizer gentian karbon dari jenama Cusco.

Penampilan luar juga masih lagi dalam keadaan asal Cuma ditambah beberapa aksesori gentian karbon seperti skirt sisi dan depan, canard serta lampu depan Cibie. Spoiler belakang Varis gentian karbon juga pastinya akan mencuri tumpuan yang terdapat pada jentera ini. Tampak lebih bergaya apabila jentera ini dihiasi rim Volk Racing CE28 dan dibaluti tayar Hankook Ventus RS4!

Yang menjadi tanda tanya sehingga kini, Botak masih lagi seorang suri rumah atau budak pencuci kereta?

Spesifikasi :
Kereta : Mitsubishi Evolution 6.5 TME
Enjin : 4G63T, blok asal, piston CP 85mm, conrod H Beam, head (Nasty Port Flow), Turbo AR70, wastegate Tial, blo-off Tial, Moroso oil sump, fuel pump Bosch, injector 1000cc, fuel rail Sard, fuel regulator Sard, timing belt HKS, campulley HKS, radiator Forged, radiator fan Spal, ekzos Apexi titanium
Transmisi : Gearbox RS full lock, HKS clutch
Elektronik : F Con HKS Pro Ver. 3.3
Brek : Endless 6 pot (depan & belakang)
Cesi & Suspensi : Ohlins Suspension, Roll-Cage, Cusco CF stabilizer bar
Rim & Tayar : Volk Racing CE28, Hankook Ventus RS4
Dalaman : Original 6.5 TME, Defi Meter (7 beradik)
Luaran : Evo 6.5 TME, skirting CF, canard CF, lampu depan Cibie
Bengkel & Tuner : PPG Automechanic, Mat Penang