Sempena sambutan Hari Kebangsaan Brunei yang ke-37, Proton telah mendedahkan X70 Exclusive Edition dan hanya terhad kepada 37 unit sahaja. Terdapat beberapa perubahan estetik yang dilakukan demi memastikan Exclusive Edition ini tampil berbeza daripada X70 biasa.
Antara perubahannya termasuk warna 2 tona dengan bumbung, cermin sisi dan spoiler berwarna hitam. Selain itu, terdapat emblem EE pada pada bahagian belakang dan rim 19inci yang mana rekaannya menyerupai Geely Boyue Pro.