Teknologi Moden Dengan Gaya 1980an, Kuasa Pecutan Mampu Cecah 324 KM/J!

Awal Mei tahun ini, Officine Fioravanti pernah mendedahkan restomod sebuah Ferrari Testarossa. Kini, syarikat Swiss itu mendedahkan pula imej-imej supercar era 1980-an yang telah dimodenkan. Bagaimanapun, syarikat ini mengekalkan 12 enjin flat 4.9 liter ikonik yang mampu menghasilkan sehingga 510hp (380kW) dan tork 442lb-ft (599 Nm).

Berbanding versi asal, output standard Eropah adalah 385hp (287 kW) dan 361 lb-ft (490 Nm). Dengan muscle ekstra, catatan kelajuan tertinggi yang dihasilkan supercar ini adalah 324 km/j. Asalnya, Testarossa mampu mencecah sehingga 290km/j.

Selain kuasa yang ekstra, Fioravanti menambahkan kawalan traksi dan juga brek anti-lock. Dilengkapi dengan penyerap hentak boleh laras secara elektrik dari Öhlins serta brek Brembo untuk memperlahankan supercar ini.

Di bahagian luarnya, ia tiada beza dengan kereta asal Testarossa. Apa yang ketara adalah rim 16-inci telah digantikan dengan 17-inci di bahagian depan dan 18-inci untuk tayar belakang. Syarikat ini telah memilih tayar lumba untuk kereta supercar ini agar lebih sepadan dengan kelajuannya.

Walaupun dengan beberapa kemaskini terbaharu, ia lebih ringan berbanding kereta klasik Ferrari pada 130kg. Awalnya, Fioravanti bercadang untuk mengurangkan sehingga 120 kg tetapi disebabkan terlalu banyak penambahan maka berat sekarang masih lagi ringan berbanding yang asal.

Bahagian dalam pula, kemasan plastik original telah digantikan dengan komponen aluminium. Stereo pula digantikan dengan peranti yang menyokong Apple CarPlay. Fioravanti melengkapi keeta ini dengan Bluetooth yang membolehkan pemandu membuat dan menerima panggilan.

Jelas sekali yang restomod hasil Fioravanti ini berjaya memberikan gabungan gaya klasik dengan kelengkapan moden yang sempurna dan bersedia untuk menerjah jalan raya pada bila-bila masa.

Sumber : Motor1