Tayar Berkualiti Dengan Harga Berpatutan

 

Jenama Rovelo sudah tidak asing lagi namanya di kalangan pengguna kenderaan di Malaysia yang telah menyediakan beberapa model tayar berkualiti di pasaran. Pilihan yang disediakan terdiri daripada semua jenis kenderaan dan bersesuaian dengan keadaan di negara kita. Disamping itu juga, rekaan yang terdapat pada setiap tayar Rovelo memastikan para penggunanya berasa berbaloi serta dapat menampilkan prestasi yang baik apabila digunakan. Seperti sedia maklum, kebanyakan rakyat Malaysia amat cerewet dengan pemilihan tayar dan dengan itu, Rovelo telah menampilkan dirinya sekaligus dapat memenuhi permintaan yang sentiasa diperlukan dalam pasaran.

Diam tak diam, sudah lebih 6 tahun tayar Rovelo berada di pasaran Malaysia. Tayar Rovelo ini dibawa masuk dan diperkenalkan kepada pasaran tempatan oleh STC Tyre Mart Sdn Bhd. Baru-baru ini, pihak MKK telah mengadakan satu temuramah khas bersama pihak STC berkenaan pelan mereka yang akan datang serta beberapa model tayar terbaharu yang bakal diperkenalkan kepada para pengguna Malaysia seperti tayar untuk kereta penumpang RHP-780P (15” & 16”), tayar komersial RCM-836 (15” & 16”), tayar trak ringan 4×4 dan kenderaan utiliti sukan (SUV) Road Quest HT (15” to 18” & 20”), Ridgetrak AT (15” to 17”) dan yang akan datang Road Quest RMT-810 (15” & 16”).

1. Apakah model-model tayar Rovelo paling baharu dan sedia ada yang terdapat di pasaran Malaysia?
Antara model-model tayar Rovelo yang boleh didapati di pasaran hari ini ialah :

Kenderaan Penumpang
RHP-A68, RPX-988, Sport A1, Road Racer R1

Kenderaan Pelbagai Guna (MPV)
Montare HT RV08

Trak Ringan & Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) 4×4
Road Quest AT

LTR/Kenderaan Komersial
RCM-X+, RCM-601

2. Rovelo merupakan pengeluar tayar yang semakin dikenali di pasaran Malaysia. Bagaimana Pihak STC memastikan jenama ini untuk lebih dikenali serta mendapat tempat dalam pasaran?
Rovelo sentiasa mengambil berat setiap apa yang diperlukan oleh para pengguna. Mereka mengambil tahu setiap apa yang para pengguna mereka perlukan baik dari segi kualiti, prestasi serta harga yang dikenakan pada setiap model tayar Rovelo. Kualiti yang ditampilkan pada setiap tayar bukan sahaja pada materialnya malah pada setiap rekaan, prestasi, aspek keselamatan serta tahap keselesaan setiap tayar tersebut.

Selain itu juga, mereka turut menyediakan jaminan ke atas setiap model tayar yang dihasilkan. Sebagai pengedar tunggal tayar Rovelo di Malaysia, pihak STC juga sentiasa memastikan setiap produk yang diperkenalkan berada di tahap yang amat memuaskan dengan memberikan pelbagai informasi yang telah diberikan oleh para pengguna kepada pihak jurutera dan pereka tayar Rovelo untuk lebih dinaik taraf dari semasa dan semasa.

3. Dengan teknologi yang ditampilkan pada tayar Rovelo, apakah yang bakal menanti para penggunanya?
Semestinya dengan kualiti yang diberikan, para pengguna bakal menikmati tayar-tayar yang berkualiti pada harga lebih munasabah. Setiap tayar yang dihasilkan juga telah diuji dengan teliti supaya mereka dapat menikmati lebih kepuasan dalam pemanduan.

4. Bagaimana Rovelo dapat mengatasi para pesaingnya yang lain?
Rovelo direka dengan menggunakan teknologi terbaik beserta bahan-bahan yang amat berkualiti. Ianya turut direka bersesuaian dengan keadaan cuaca negara-negara di Asia khususnya. Para pengguna bakal menikmati prestasi yang terbaik dari setiap model serta bakal memberikan perbatuan yang lebih panjang. Selain itu, seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, tayar Rovelo juga didatangkan dengan jaminan jika berlaku sebarang masalah yang datangnya dari pihak pengeluar. Anda tidak perlu berasa ragu-ragu untuk menggunakan setiap model tayar yang dihasilkan oleh pihak Rovelo.

5. Apa yang akan menguatkan Rovelo merupakan pilihan yang terbaik untuk para pelanggan?
Tiada yang lebih baik untuk dikatakan selain dari dapat menyatakan bahawasanya Rovelo merupakan tayar berkualiti dan didatangkan dengan harga mampu dimiliki oleh semua pengguna di Malaysia. Sebagai seorang pengguna, kita juga dapat merasai sendiri prestasi dan kepuasan apabila kita menggunakan sesebuah model tayar tersebut. Kebaikannya kita sendiri yang bakal merasainya.

6. Disebabkan sekarang Malaysia masih lagi dalam keadaan pandemik Covid-19, bagaimana Rovelo memastikan jenama ini dapat meneruskan persaingan dalam industri dengan model-model terbaharu ini? Dan bagaimana ianya membantu para penggunanya?
Rovelo sentiasa berusaha untuk menyediakan lebih banyak pilihan kepada para pengguna di luar sana dengan menawarkan pelbagai model dengan harga yang lebih baik dan mampu dimiliki. Sebagai sebuah pengeluar tayar, mereka juga faham dengan situasi yang sedang berlaku sekarang, dan dengan itu juga, mereka perlu meneliti setiap keadaan sebelum menghasilkan serta memperkenalkan sesebuah model tayar ke dalam pasaran.

Ini adalah tindakkan terbaik kepada kedua-dua belah pihak kerana masing-masing bakal dapat berurusan dengan lebih baik. Dengan pelbagai pilihan yang ditawarkan ini juga, ianya dapat membantu para pengguna dalam membuat pilihan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tayar Rovelo, anda boleh hubungi;
STC Tyre Mart Sdn Bhd
16, Jalan Jurunilai U1/20, Section U,
Hicom Glenmarie Industrial Park,
40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
No Tel : 03 – 5569 3094 / 03 – 5569 3397

Atau kunjungi Stamford Tyres Retail Outlet;
Glenmarie Tyre Mart : 017 – 669 1219 (Hwa)
Cheras Tyre Mart : 019 – 731 7988 (James)

Selain itu, anda juga boleh layari laman web Stamford Tyres di www.rovelo.stamfordtyres.com.my atau Facebook @RoveloMalaysia.