Tak Mustahil Dengan Perbatuan Yang Rendah Dan Restorasi Yang Gah!

Salah satu model BMW yang paling dikenali di seluruh dunia, sudah tentu BMW Z8 yang dihasilkan kira-kira dua dekad lepas. Apa yang anda lihat ini adalah sebuah model yang berjaya menarik perhatian kami. Kenapa? Dikeluarkan pada tahun 2002 dan didaftarkan oleh pemilik pertamanya, BMW Z8 ini telah dipandu sejauh 12, 391km sahaja.

Dilayangkan dengan warna Titanium Silver dan dipadankan pula dengan warna hitam, kereta ini sebenarnya mempunyai sejarah tersendiri apabila bertembung dengan seekor rusa pada Mei, 2014 tetapi telah dibaik pulih dan kelihatan seperti baru. BMW Z8 ini dikuasakan engin S62 V8 4 liter dengan individual throttle, double-row timing chain dan hollow chamshaft yang menghasilkan 394 hp dan 368lb-gt (499 Nm) tork.

Kalau dilihat dari sudut ekterior, BMW Z8 ini dilengkapi dengan tayar Bridgestone Potenza RE040. Bahagian dalamannya juga tidak kalah malah tampil lebih anggun apabila dipasangkan dengan upholsteri kulit berwarna Sport Red pada tempat duduk, dashboard dan panel pintu. Kabinnya juga dikemaskan dengan salutan kulit hitam dan kelabu serta semburan aliminium. Ia juga dilengkapi dengan kerusi yang boleh dilaraskan dan juga 6 slot CD.

Sumber – carscoops