SUV Levante S Dengan Kemaskini Terbaharu


Levante dari Maserati, lebih elegan dengan penggayaan semula yang tampil lebih segar untuk sebuah SUV. Pelbagai kemaskini yang bijak khususnya untuk sistem multimedia dari segi penampilan dan juga teknologi. Tujuannya adalah untuk memberikan identiti yang lebih bersatu dengan mencipta bahasa yang biasa untuk semua model.

Antara ciri-ciri baru pada Levante ini termasuk grille hadapan dan juga kluster lampu belakang yang kelihatan seperti bentuk boomerang, diilhamkan dan diperkenalkan lewat 1990an oleh Giugiaro 3200 GT. Dengan kemaskini terbaharu ini, Levante dengan gaya baharu ini boleh dikenali dan dicam walau hanya dalam sekilas.

Konsep rekaan Levante menggabungkan garisan coupé dengan ruang interior untuk lima orang dan kecekapan ciri-ciri aerodynamik yang cemerlang, diinspirasikan oleh konsep Alfieri, yang juga penghargaan kepada kereta-kereta Maserati yang penuh bersejarah seperti Tipo 60 Birdcage. Bahagian hadapan Levante terbaharu ini juga menampilkan grille hadapan inovatif dengan rekaan fork yang boleh ditala, didatangkan dengan trim GranLusso krom dan Black Piano untuk GranSport.

Pelbagai kemaskini lain turut dilakukan ke atas Levante baharu ini dan semuanya boleh dilihat di bilik pameran Naza Italia. Jika berminat, hubungi 03 7956 8599 atau 1700 81 5051 di Petaling Jaya, Selangor. Anda juga boleh mengikuti halaman Facebook, www.facebook/maserati.malaysia dan akaun Instagram @maserati.malaysia untuk berita terkini tentang jenama ini di Malaysia.