SUV 7-Tempat Duduk Palisade Dan Kona Facelift Di Malaysia

Peminat kereta premium Hyundai kini boleh menarik nafas lega dengan pelancaran model terbaharu tahun ini. Pengedar kenderaan Hyundai di Malaysia, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) bakal membawa penerima anugerah, sebuah SUV mewah Palisade dan SUV kompak facelift Kona tahun 2021 ke dalam pasaran Malaysia.

SUV dengan 7-tempat duduk Palisade kini di atas chasis SUV baharu dengan ruang yang lebih luas di barisan tempat duduk kedua dan ketiga. Begitu juga ruang kargo yang lebih luas, Palisade sebagai kenderaan untuk famili sangat praktikal dan selesa untuk kegunaan harian. Dikuasakan dengan enjin V6 3.8 liter Atkinson-cycle, dual CVVT, direct-injected engin, Palisade menawarkan kuasa yang cemerlang dan cekap dengan kira-kira 291hp pada 6,000 rpm dan tork 355Nm pada 5,000rpm.

Diinspirasikan oleh teknologi penerbangan, ciri-ciri menarik Palisade termasuk Heads-Up Display (HUD) yang memaparkan imej maya ke atas cermin depan (windshield), sekaligus membantu pemandu melihat jalan dengan lebih jelas. Ciri ini turut menggunakan sistem gabungan cermin dengan pemapar warna penuh LCD TFT dan kejelasan cahaya yang boleh dilaras untuk memastikan pemandangan yang lebih jelas pada waktu siang dan malam.

Palisade juga menampilkan rekaan peresap bumbung inovatif terbaharu pertama dalam industri, yang memberikan fokus samada meresap separuh atau sepenuhnya udara dari tempat duduk penumpang belakang. Rekaan bolong peresap baru ini memberikan pengaliran udara penghawa dingin yang lebih senyap dan pengedaran udara yang lebih tersusun.

Satu lagi model yang dinanti-nantikan adalah facelift Kona 2021. Menurut Pengarah HSDM, En. Low Yuan Lung, Kona yang dilancarkan tahun lepas mendapat perhatian orang ramai yang mahukan SUV kompak. Selepas melihat penampilan pertama SUV kompak Kona tahun lalu, terdapat pelbagai respon walaupun persaingan sengit dalam segmen SUV. Memandangkan respon positif yang diterima, HSDM yakin lebih ramai yang akan menyukai Kona kali ini.

Antara ciri-ciri menarik yang ditawarkan Kona facelift ini termasuk enjin baharu Smartstream G2.0 Atkinson yang dipadankan bersama transmisi CVT, diikuti rekaan fascia hadapan yang lebih baik, roda 17-inci dan 18-inci baharu dengan pakej keselamatan SmartSense yang telah dikemaskini dengan pemula secara kawalan jauh.

Pacuan dua roda Kona Smartstream G2.0 Atkinson enjin petrol 4-silinder ini dipadankan dengan CVT automatik menghasilkan149 PS pada 6,200rpm dan tork 180 Nm pada 4,500rpm. Enjin ini menawarkan prestasi dinamik lebih lancar, pemanduan lebih selesa dan pengurangan pelepasan dan kecekapan bahan api yang lebih baik.

Manakala dari sudut eksterior, Kona tampil dengan gaya urban sporty sebagai sebahagian tema rekaan global Hyundai, Sensuous Sportiness. Rekaan eksterior terbaharu ini tampil lebih provokatif dan sensasi berbanding sebelum ini dengan rekaan bonet yang berlekuk. Versi facelift ini juga tampil lebih sofistikated dan interior juga lebih progresif. Bahagian konsol baharu dengan susun atur melintang manakala lubang udara dan speaker juga menerima sentuhan cecincin dengan kemasan aluminium.

Selain itu, versi terbaharu ini juga mendapat penambahbaikan teknologi pencahayaan yang mencahayakan tempat letak cawan dan di bahagian kaki penumpang serta penumpang di sebelah pemandu. Dijangkakan, terdapat pilihan warna interior, trim dan material.