Baru-baru ini, sebuah syarikat Swiss yang dikenali sebagai Picasso Automotive telah mendedahkan supercar terbaharu untuk tahun 2021. Digelar sebagai PS-01, ianya sangat ringan dan dalam pada masa yang sama tampil sangat agresif. Supercar ini dibangunkan di Lugano di Switzerland berasaskan platform yang ringan termasuk kerangka belakang gentian karbon. Bukan itu sahaja, badan Picasso PS-01 ini dihasilkan sepenuhnya dari gentian karbon yang bermaksud, skala beratnya hanya sekitar 1,984 lbs (900kg).
Menerusi gambar yang didedahkan memperlihatkan bahagian belakang dan belakang gentian karbon yang luas. Bercakap tentang bahagian belakang, terdapat dual tailpipe, bold diffuser dan roof scoop untuk penyejukan enjin. Di bahagian hadapan pula gril yang lebar, splitter dan juga lampu hadapan LED.
Buat masa ini, belum ada sebarang informasi tentang enjin tetapi dikatakan ia bakal menggunakan enjin twin-turbocharged V6 dari kereta Itali dengan 600hp bersama transmissi Sadey. Selain itu, bagi mengendalikan kereta ini dan brek dari Ohlin dan Carbo Brake. Gambar supercar yang lengkap tidak didedahkan tetapi ia akan didatangkan dengan bucket seat dan posisi yang rendah.
Walaupun masih belum dilancarkan secar rasmi, Motor 1 melaporkan bahawa Picasso Automotive telah pun menerima beberapa tempahan. Wow!
Sumber : Carscoops