SUMEC TYRE (S KEMBANGAN) SDN BHD

Sumec Tyre (S Kembangan) Sdn Bhd merupakan salah satu cawangan Sumec Tyre Group di Lembah Kelang, yang mengusahakan perniagaan rim dan tayar untuk pelbagai jenis kenderaan. Selain cawangan ini, mereka juga memiliki beberapa cawangan lain iaitu Sumec Auto Car Care Center Sdn Bhd dan Sumec Tyre (Cheng) Sdn Bhd di Melaka, serta Sumec Tyre Premium Center Sdn Bhd di Shah Alam.

Sumec Tyre (S Kembangan) Sdn Bhd juga merupakan wakil pengedar untuk pelbagai jenama tayar seperti Lassa, Federal, Petlas, dan lain-lain. Mereka turut menawarkan pilihan rim berkualiti pada harga berpatutan. Sebagai tambahan, pelanggan juga boleh mendapatkan rangkaian produk berprestasi atau khidmat servis berkala untuk minyak enjin, brek, suspensi dan lain-lain.

Kepada yang berkelayakan, Sumec Tyre (S Kembangan) Sdn Bhd ada menawarkan skim ansuran mudah bagi membolehkan pelanggan memiliki produk dan komponen yang diinginkan. Dilengkapi peralatan moden dan terkini, anda pasti berpuas hati dengan mutu perkhidmatan yang ditawarkan.

Sumec Tyre (S Kembangan) Sdn Bhd sentiasa mengadakan promosi jualan dari semasa ke semasa. Sila kunjungi premis mereka di No. 14, Jalan 6/10, Kawasan Perusahaan Seri Kembangan, 43300 Seri Kembangan Selangor, atau hubungi talian 016-950 9533 atau layari laman Facebook: Sumec Tyre (S Kembangan) Sdn Bhd untuk maklumat lanjut.

Sumec Tyre (S Kembangan) Sdn Bhd
No. 14, Jalan 6/10, Kawasan Perusahaan Seri Kembangan, 43300 Seri Kembangan, Selangor.
Tel: 019-355 9964
Facebook: Sumec Tyre (S Kembangan) Sdn Bhd