Sumbangan Yang Sedikit Tetap Besar Ertinya!

Sejak kebelakangan ini, pelbagai peristiwa yang berlaku di Malaysia. Sedang negara sedang berhadapan dengan ancaman pandemik covid-19, beberapa buah negeri telah dilanda bencana banjir dan antara negeri yang paling terkesan adalah negeri Pahang yang menyaksikan kemusnahan harta benda dan tidak kurang juga, ada yang kehilangan nyawa.

Di atas kesedaran itu, ramai pihak telah tampil ke hadapan untuk menghulurkan bantuan sekali gus mengurangkan beban golongan yang terkesan akibat bencana banjir ini. Baru-baru ini, Persatuan Rekreasi Wilayah Malaysia telah menganjurkan Misi Bencana Banjir Pantai Timur yang turut mendapat kerjasama dari dibantu oleh MonsterTruck Malaysia.

Program ini telah diadakan pada 16 Januari lalu dan melibatkan seramai 50 orang peserta. Sebanyak 10 buah pacuan 4×4, 2 buah van, 3 buah lori (JPAM) dan kenderaan MPV JPJ terlibat dalam misi penghantaran bantuan banjir ke berlokasi di Temerloh. Selain itu, sebanyak 500 barang-barang makanan seperti beras, milo, Maggi, gula, tepung, air mineral, kopi dan mihun telah disumbangkan. Semoga lebih ramai pihak turun membantu dan mengurangkan beban mangsa yang terjejas.