Dalam keghairahan meraikan kemunculan Nissan Z 2023 yang sering dibandingkan dengan Toyota Supra, ada banyak lagi kereta hebat keluaran Nissan yang boleh dibanggakan seperti Silvia. Ringan, lincah dan dikuasakan motor 4-silinder turbocharged, Silvia dikenali sebagai 180SX, 200SX dan 240SX bergantung kepada pasaran, berjaya mengumpulkan para pengikut tegar yang tersendiri sebelum dihentikan pengeluarannya pada tahun 2002.
Manakala Nismo 270R pula menjadi salah satu kereta yang paling didambakan kebanyakan pencinta kereta. Menurut laporan Carscoops, sebanyak 30 buah kereta telah diubah oleh Nismo pada tahun 1994, setiap satunya telah disaluti warna hitam dengan lencana ‘Nismo 270R’ pada panel belakang kereta.
Sebagaimana yang dapat dilihat pada paparan kali ini yang dipasangkan dengan bodykit Edge Aero 17-inci, rim lima jejari dan hud berlubang untuk melepaskan haba dari motor yang telah dikemaskini. Enjin SR20DET 2.0 liter ini menguasakan 217hp (220 PS) sehingga 266hp (270 PS). Dipadankan pula dengan transmisi manual 5-kelajuan dengan pacuan belakang, tidak sama seperti yang boleh ditemui pada S14 biasa tetapi Nismo LSD 2-way.
Selain itu, ia juga dipasangkan dengan penyerap hentak dan spring spesifikasi Nismo, braces di bahagian depan dan belakang, melengkapi pakej mekanikalnya. Bahagian interior pula, stereng 3-jejari Nismo dipadankan dengan upholsteri petak-petak biru-kelabu yang menyaluti tempat duduk stok S14. Nampak macam dikeluarkan dari minivan dengan standard moden tetapi lebih mudah ditarik keluar berbanding tempat duduk race bucket.
Kalau mengikut bacaan yang disediakan, Silvia ini mencatat sejauh 128,000km. Penjualnya pula berkata, 270R yang berasal dari Hong Kong ini telah dicat semula dan masih dalam keadaan yang sangat baik. Namun, tiada data sejarah yang jelas tentang servis terakhirnya.
Berapa harga yang sesuai untuk S14 Nismo 270R ini?
Sumber : carscoops