Subiefest 2020, Catat Sejarah!

Diadakan pada hujung minggu yang lalu, Subiefest 2020 merupakan salah satu acara tahunan terbesar oleh peminat Subaru di Amerika Syarikat dan telah berjaya mencatatkan rekod baru sekali gus disenaraikan dalam Guinness World Record. Berjaya menghimpunkan sebanyak 1,751 kereta Subaru yang dipandu para pemilik masing-masing, rekod ini telah menggantikan rekod lama yang dicatatkan pada tahun 2015 dengan kehadiran sebanyak 549 buah kereta.

Tahun ini, syarikat Subaru tidak menjual tiket sebaliknya telah meminta sumbangan dari setiap peserta untuk program Feeding America yang kemudiannya diserahkan kepada bank simpanan makanan lokal (tempatan) iaitu Los Angeles Regional Food Bank dan Second Harvest Orange County. Hasil sumbangan ini akan dapat membekalkan sebanyak 241,800 hidangan makanan. Di sini, Subaru Amerika akan mencukupkan jumlahnya sehingga 500,000.

“Dalam waktu yang mencabar ini, kita berusaha mencari jalan untuk kembali menstabilkan kehidupan harian,” ujar Alan Bethke, VP Senior Subar.

“Kami harap, sumbangan menerusi Feeding America dapat menyediakan keselesaan serta kestabilan dari segi pembekalan makanan kepada golongan memerlukan di Amerika. Kita harus kekal selamat tetapi kita juga perlu ingat untuk sentiasa membantu orang yang memerlukan.”

Hasil sumbangan dan dana ini adalah sebahagian kerjasama di antara Subaru dan Feeding Amerika yang akan menyediakan sebanyak 50 juta hidangan makanan kepada golongan terjejas dengan covid-19 ini. – carscoops