Subaru Spirit Of Merdeka Day 2020

Sempena bulan kemerdekaan yang bermula dari awal Ogos sehingga September ini, pelbagai aktiviti serta program penghayatan kemerdekaan telah diadakan. Antara yang tidak melepaskan peluang adalah penggiat dunia permotoran termasuk Subaru Owners Community yang mengadakan program khas pada 9 Ogos lalu di Putrajaya.

Bagi makluman, Subaru Owners Community Club merupakan sebuah kelab yang sah berdaftar dengan R.O.S semenjak 2013 dan masih bergerak aktif sehingga kini. Kelab ini aktif menganjurkan pelbagai aktiviti sukan permotoran bagi menyemarakkan lagi semangat ahli-ahli kelab seperti aktiviti riadah bersama keluarga dan lain-lain lagi.

Bukan itu sahaja, kelab ini sering menerima jemputan dari badan-badan berkanun, pihak kerajaan bagi menjayakan sesuatu acara formal untuk gimik pelancaran acara. Namun, program kali ini diadakan lebih istimewa yang bertujuan untuk menyemarakkan cintakan negara sempena bulan kemerdekaan. Dalam masa yang sama, merapatkan ukhwah antara satu sama lain serta bertukar-tukar pendapat dan berkongsi minat khususnya jentera Subaru.

Sebanyak 40 buah kereta terlibat dalam penganjuran program rutin kelab ini yang dianjurkan dengan kerjasama AD-AM & TENUK FILEM untuk sesi bergambar dan rakaman video sebagai kenangan juga simpanan peribadi di sekitar Putrajaya dan Rawang Bypass. Para peserta yang terlibat turut menerima sehelai t-shirt bertemakan bulan kemerdekaan hasil usahasama SOCC dan TZHIRT.COM APPAREL sebagai tanda penghargaan.

Kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang aktiviti kelab, hubungi 019-5671079 / 011-33111865 atau kunjungi Facebook Subaru Owners Community Club atau
Subaru Subiefest Malaysia.