Di saat ramai peminat yang sedang menantikan kemunculan model terbaharu Subaru WRX 2022, ia masa yang sesuai untuk mengimbas kembali zaman kegemilangan sedan sport dari Jepun ini. Kebetulan dalam senarai eBay, ada sebuah yang menggamit kenangan ketika Subaru menyertai perlumbaan WRC sekaligus melancarkan kereta istimewa seperti Impreza WRX STi Spec C dari 2005 JDM yang diimport khas.
Apa yang membuatkan kereta ini rare? Ia dilengkapi dengan Competition Pack dengan steelies yang kelihatan menarik.Mungkin ramai yang kurang ingat atau alami penyakit short term memory loss macam gua, tapi okey dan syok jugak kalau recap generasi kedua Subaru Impreza ni. Selepas original Bugeye (2000-2002), muncul facelift Blobeye (2003-2005) yang diikuti pula dengan Hawkeye (2005-2007). Yang terakhir ini digembar-gemburkan sebagai paling cun di antara ketiga-tiganya.Dalam banyak-banyak edisi istimewa ini, Spec C yang paling istimewa dimana sebanyak 1000 unit telah dihasilkan di antara tahun 2004 dan 2005, eksklusif untuk pasaran Jepun. Ia 90kg lebih ringan berbanding STi normal dan didatangkan dengan setting yang lebih tertumpu kepada suspensi, brek lebih maskulin dan juga beberapa modifikasi terhadap enjin.Manakala dalam bonetnya pula tersimpan enjin caj turbo 2.0 liter yang menghasilkan 276hp (206 kW / 280 PS) dan tork 422Nm (31lb-ft). Kesemua kuasa dihantar ke semua empat roda menerusi kotak gear manual 6-kelajuan dan sistem 4WD full-time dari Subaru dengan Driver Control Centre Differential (DCCD).Spec C STi ini turut dilengkapkan dengan rim aloi multispoke 17-inci yang berwarna emas. Selain itu, ia didatangkan tanpa brek ABS. Setup yang ada kereta Impreza ini memang untuk kegunaan rali. Seperti yang dapat dilihat, ia turut dipasangkan dengan double rear spoiler dan hood scoop atap pengaliran udara WRC-spec yang akan membuatkan pemandu terasa diri sebagai Peter Solberg.Kalau dah namanya kereta rali, jangan harap ciri-ciri yang memenuhi keselesaan seperti kereta-kereta lain. Ya, ia tidak didatangkan dengan sistem penghawa dingin mahupun cermin tingkap elektrik. Selain itu, beberapa elemen yang mengurangkan beban pada kereta ini termasuk cermin kaca nipis, trunk aluminium dan penebat bunyi. Dibuat khas untuk pasaran Jepun, kereta ini didatangkan dengan stereng di bahagian kanan.
Lokasi terkininya di United Kingdom tetapi penjualnya tidak keberatan untuk mengeksport kereta ini di mana-mana sahaja di seluruh dunia.
Sumber : Carscoops