Spice Up Your Life!

Dibina pada tahun 2002, Viper yang sedang anda lihat ini merupakan salah satu dari 545 RT/10 convertible yang dibina pada tahun itu. Sebanyak 178 darinya telah didatangkan dengan warna Race Yellow. Seperti yang dapaty dilihat, Viper ini masih lagi berada dalam keadaan yang baik dengan rim 5 spoke aluminium 18 inci.

Bahagian kokpitnya dikemaskan dengan upholsteri kulit berwarna hitam, dilengkapi dengan penghawa dingin dan juga sistem HVAC asas. Semuanya dalam keadaan yang cukup elok seakan baharu diambil keluar dari bilik pameran kira-kira hampir 2 dekad yang lalu. Pada odometer pula mencatatkan jumlah jarak perjalanan yang telah pun dilalui oleh kereta ini iaitu sejauh 5.390km.

Kesemua SR II RT/10 menampilkan enjin V10 8.0 liter, menghasilkan 415hp pada pengeluaran tahun yang pertama dan 450hp sebelum penutupannya. Disepadankan dengan transmisi manual 6-kelajuan. Unit kuasanya masih lagi mampu memberikan saingan walaupun dalam standard hari ini. Bunyinya juga lebih syok didengar.

Kalau bidaan dibuka, berapa anda sanggup bayar untuk bawa Viper ini pulang?

Sumber : Carscoops