Baru-baru ini, Hyundai Motor Company telah memperkenalkan Sonata N Line 2021 dengan kit gayaan menarik dan tambahan kepada siri N Line seperti i10, Elantra, i30, SUV Tucson dan Kona. Varian N Line tidak sama seperti model N penuh (i30 N, Veloster N) dan lebih kepada gayaan serta talaan ringan.
Pada bahagian belakang, karakter sporti sedan segmen C ini menyerlah melalui bampar dengan diffuser N Line dan ekzos berkembar pada kanan dan kiri kereta. Bahagian dalam dihiasi dengan kemasan krom gelap, sulaman merah N Line pada stereng dan kerusi sport. Berkenaan rangkaian kuasa, Hyundai belum memperincikannya dan Sonata pasaran Amerika Syarikat ditawarkan enjin 2.5 liter berkuasa 191 hp, 245 Nm dan 1.6 liter T-GDI berkuasa 185 hp dan 241 Nm.
Dikhabarkan bahawa ada enjin lain yang lebih berkuasa digunakan Sonata N Line dan ianya bakal disahkan semasa pelancaran global pada Oktober 2020.
Sumber : Mekanika
Website : https://www.mekanika.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ