Slam Dunk

Bila sebut Honda je korang mesti terbayangkan model-model Type R yang lawa-lawa tu, kan? Takpun yang korang minat dari kecik sampai sekarang macam EG ke, EK ke, FD ke, kan? Disebabkan dah terlalu banyak model-model biasa yang orang duk main, ini agaknya yang membuatkan saudagar Kuantan, si Alif Zalpro duk layan kereta kompak plak. Memang banyak main Honda je brother Hypebeast ni.

Honda S660 ni boleh dikatakan agak rare juga dekat Malaysia sebab tak ramai orang pakai. Mungkin sebab harga pun satu gak. Dah la 2 tempat duduk je, pastu Honda. Bukannya lambo ke, Ferarri ke kan. Tapi tulah, dah orang minat, kau peduli apa?

Istimewanya kereta ni, Alif tak biarkan macam kereta nak bagi bini pegi opis pun. Banyak dah diubahnya. Mustahil kaki kereta macam dia ni nak pakai kereta standard je. Jentera ini bernadikan enjin S07 Turbo ye gais… Beberapa aksesori dari Feel’s telah dipasangkan pada bahagian enjin seperti pelindung intake, pelindung ‘duct’, pelindung enjin dan penutup radiator. Saluran pernafasannya juga diubah dengan pemakaian penapis udara dari K&N dan akhir sekali sistem ekzos Kakimotor Racing dipasang untuk bunyi yang sedikit belanja gegendang telinga.

Beberapa aksesori di dalamnya juga telah diubah antaranya tombol gear titanium dari Feel’s, pelapik kaki Karo, meter Defi A1, pemegang meter Seeker, cermin “dressup” Seeker dan lampu LED juga dari Seeker. Pemegang cawan Honda Access juga turut menarik perhatian selain dari emblem Feel’s Pattern Emblem 6 kelajuan yang dilekatkan pada bahagian gear.

Luarannya pula mesti tak mau kalah. Bumper depan dari Feel’s, skirt sisinya pula dari Mugen manakala bumper balakang dari Monza Sport. Beberapa aksesori dari Feel’s juga turut kelihatan antaranya GT wing, fender duct gentian karbon, cermin sisi, dan pelekat yang juga asli. Kali ni beliau lebih banyak bermain dengan aksesori berbanding melayan barangan prestasi untuk jentera S660.

Rimnya juga bukan biasa-biasa. Advan RZ-II berukuran 16 inci untuk bahagian belakang manakala 15 inci di depan dipadankan dengan tayar Yokohama AD08R. Ok Cukup!

Spesifikasi
Pemilik : Alif Daniyal (Alif Zalpro)
Kereta : Honda S660 2015
Modifikasi Enjin : enjin S07 Turbo I3-T, Feel’s CF intake cover, Feel’s intake cover duct, Feel’s CF engine cover, Feel’s radiator cap, Feel’s engine oil cap, K&N filter, back yard special shield, ekzos Kakimotor Racing
Transmisi / Gearbox : Stock
Elektronik / ECU : Stock
Suspensi & Cesi : Stock
Brek : Stock
Roda & Tayar : Rim Advan RZ-II 16×6.5jj +45 (belakang), 15”x50jj +45 (depan) Racing Indigo Blue & Ring (IBR), tayar Yokohama AD08R
Dalaman : Feel’s Titanium knob, S660 Karo mat, Defi A1 Meter assist, Seeker twin meter holder, Seeker Blue Dressup room mirror, Seeker LED room lamp, CF Mugen room mirror, Honda Access cup holder, Seeker CF seat belt canceller, Feel’s Shift Pattern Emblem (6MT)
Luaran : Feel’s front bumper, side skirt Mugen, rear bumper Monza Sport, Feel’s GT wing, Feel’s front CF fender duct, Feel’s side CF under, Feel’s Sticker, Seeker door mirror, Seeker Aero wiper blade, Honda Access black chrome emblem (2xH mark + 1xS660)
Bengkel & Tuner : Zalpro Autoparts & Zalpro Autoworld