Skrin 56″ Untuk Mercedes-benz EQS 2022

Sudah agak lama Mercedes-benz berkongsi informasi tentang elektrik Sedan EQS. Akhirnya, pada Ahad lepas, Mercedes-benz telah mendedahkan bahagian interior model ini yang dilengkapi dengan pemapar infotainment MBUX Hyperscreen.

Terdapat dua pilihan untuk Hyperscreen ini; pemapar berlekuk seluas 56″ yang dilebarkan dari tiang A ke satu lagi tiang A dan menyambungkan 3 skrin di bawah penutup kaca anti-calar. Pemapar untuk pemandu (12.3inci), OLED di bahagian tengah (17.7inci) dan OLED di bahagian depan penumpang (12.3inci) yang tampil sebagai satu unit visual yang luas dan lebar.

Di bawah permukaan skrin sesentuh Hyperscreen MBUX ini terdapat 12 penggerak yang berfungsi secara intuitive. Sekiranya jari menyentuh titik tertentu di atas skrin, ia akan memberikan gegaran ke atas plat pelindung. Apabila tidak digunakan, pemapar Hyperscreen ini akan memaparkan pelbagai latarbelakang yang dijanakan oleh pencahayaan ambien dalam kabin.

Mungkin pilihan ini tidak sesuai dengan citarasa, Mercedes-benz turut menawakan opsyen lebih konvensional mirip yang ditawarkan dalam S-Class. Ini termasuk pemapar 12.3inci pada panel instrumen dan juga skrin seperti tablet 12.8inci yang diletakkan di bahagian tengah konsol untuk sistem infotainment. Bukan itu sahaja, didatangkan pemapar pelbagai penutup pilihan seperti kayu dan metal. Selain itu, turut didatangkan pilihan tempat duduk yang berbeza di bahagian hadapan, keselesaan standard dan tempat duduk sport ekstra dengan perehat kepala sebagai sebahagian pakej AMG Line.

Walau apa juga pilihan, anda tetap mendapat perisian MBUX yang dilengkapi dengan bantuan digital yang memberi respons sekiranya anda berkata “Hey Mercedes!”

Selain itu, Mercedes masih lagi tidak mendedahkan sepenuhnya tentang perincian lain yang ada pada EQS khususnya dari segi teknikal. Mungkin semuanya akan diketahui dalam sedikit masa lagi.

Sumber : Carscoops