Untuk peminat aktiviti off-road, selain daripada kenderaan diubah suai untuk kegunaan lasak, satu perkara yang sama pentingnya ialah alat komunikasi kenderaan. Di hutan yang tidak ada lampu jalan, servis tow truck dan talian telefon membuatkan komunikasi di antara peserta dan dunia luar amat penting. Bayangkan jika ada anggota ekspedisi yang jatuh sakit, siapa nak tolong? Bantuan helikopter daripada pihak Bomba, polis atau tentera boleh digunakan. Tetapi sudah pasti mereka perlu diberitahu terlebih dahulu tentang kecemasan tersebut.
Bagi melindungi enjin daripada kerosakan, sebuah skid plat JAOS telah dipasang. Bahagian hadapan kereta pula dilindungi oleh sebuah kangaroo bar dengan bampar besi. Tidak ketinggalan, winch jenama Warn bersama lampu limpah Cibie yang cukup berguna di dalam hutan.
Repeater yang digunakan ialah Motorola CDR700 yang dipasang di bahagian ruang kargo Pajero. Kalau anda perasan, antena yang dilitupi kanvas di belakangnya itu adalah sebahagian daripada aksesori repeater Motorola tersebut. Untuk komunikasi radio jarak dekat, Pajero ini disediakan dengan radio Icom 706MKIIG yang mampu berkomunikasi dengan semua jenis isyarat radio dan mudah untuk digunakan.
Pajero ini juga mempunyai beberapa meter tambahan yang biasa dilihat dalam kenderaan berenjin turbo. Pemiliknya menggunakan meter Jasma yang memberi bacaan boost, vakum dan suhu air. Semuanya diletak tinggi di atas head liner sebab papan pemuka sudah penuh dengan aksesori radio.
SPESIFIKASI
Pembuat / Model: Mitsubishi Pajero Super Exceed
Enjin: 4M40 2800cc turbo diesel
Sistem gantungan: Body lift, penyerap hentak Old Man Emu
Rim / Tayar: Deerfield / Maxxis Mudder
Luaran: Kangaroo bar dan bumper besi, winch Warn, skid plate JAOS, snorkel, lampu limpah Cibie, roof rack
Dalaman: Meter-meter JASMA, alat radio repeater Motorola CDR700, sistem radio Icom 706MKIIG, sistem telefon satelit Sony Ericsson R190
Sumber : Mekanika
Website : https://www.mekanika.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ