Shell Malaysia Umumkan Enam Pemenang Utama

Shell Malaysia akan menawarkan lebih banyak pilihan produk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) kepada para pelanggan bermula Januari tahun hadapan dengan pengumuman pemenang Realisasi Impianmu Bersama Shell.

Inisiatif Realisasi Impianmu Bersama Shell berlangsung dari 18 Ogos sehingga 20 November lalu bertujuan memberi platform kepada para pengusaha PKS memasarkan produk mereka di kedai Shell SELECT.

Dalam kempen disertai 300 peserta itu, sebanyak 6 pemenang utama dipilih menerima Kontrak Label Peribadi Shell sekali gus diberi peluang menawarkan produk keluaran mereka di lebih 600 kedai Shell SELECT seluruh negara. Para pemenang turut diberikan sokongan pemasaran, pembungkusan dan logistik.

Selain itu, sebanyak 23 pengusaha PKS lain diumumkan sebagai rakan Penyenaraian Produk Shell yang akan mendapat peluang memasarkan produk di beberapa stesen terpilih.

Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. dan Shell Timur Sdn. Bhd., Shairan Huzani Husain, berkata inisiatif itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan Shell untuk memberikan khidmat serta meringankan impak masyarakat terutama ketika pandemik Covid-19.

“Shell Malaysia mempunyai komitmen jangka masa panjang dalam memberikan kehidupan lebih baik bagi pelanggan dan komuniti.

“Hasil positif perkongsian sebelum ini dengan PKS telah memberi inspirasi kepada kumpulan untuk melancarkan kempen Realisasi Impianmu Bersama Shell.

“Inisiatif ini adalah satu peranan sumbangan kami untuk meningkatkan kesejahteraan ekonomi PKS di Malaysia dan meningkatkan ekonomi keusahawanan.

“Ia dilakukan kerana merupakan sesuatu yang sangat relevan dan perlu pada masa sekarang apabila keadaan ekonomi agak mencabar bagi peniaga-peniaga PKS di luar sana,” katanya.

Enam pemenang utama dalam insiatif Realisasi Impianmu Bersama Shell merupakan : –

 

Sumber : Mekanika