Servis Penjagaan Premium Untuk Para Pelanggan Setia

Sime Darby Auto Selection (SDAS), pengedar kereta terpakai pelbagai jenama di bawah Sime Darby Motors, kini telah berganding bahu bersama Bosch untuk memberikan servis terbaik kepada para pelanggannya. Ini termasuk urusan selepas jualan dengan kualiti serta kemudahan berkelas dunia.

Pusat servis yang dikuasakan Bosch ini adalah bagi memenuhi permintaan pasaran yang semakin berkembang, khususnya untuk para pelanggan yang mahukan servis auto premium.

Menurut Pengarah Urusan Sime Darby Auto Selection, Vi Thim Juan berkata, kerjasama dengan Bosch ini adalah untuk memastikan bengkel-bengkel di bawah urusannya bersedia memberikan diagnostik dan penyelesaian masalah komprehensif bertaraf dunia. Selain itu, menyediakan aksesori dan alat-alat ganti yang sesuai dengan pelbagai jenama yang ditawarkan.

Tambahnya lagi, kerjasama dengan komponen serta sistem Bosch ini, servis dan penyelenggaraan masih lagi ditawarkan pada harga yang kompetitif kepada para pelanggan yang mahukan produk berkualiti dan servis terbaik. Pusat servis SDAS juga melengkapi servis selepas jualan untuk semua jenama kereta. Para pemilik dengan kenderaan yang sudah tamat tempoh waranti boleh menikmati kualiti servis yang sama seperti disediakan oleh pusat servis jenama tersebut.

Tambahan pula, semua juruteknik SDAS merupakan golongan yang terlatih dan mempunyai kemahiran tinggi untuk memberikan servis yang konsisten tidak kira jenama apa sekalipun, termasuk kenderaan hybrid dan elektrik.

Berlokasi di Lot 33, Temasya Industrial Park, Glenmarie, Shah Alam, pusat servis SDAS beroperasi dari pukul 9 pagi sehingga 5 petang, Isnin sehingga Jumaat. Manakala bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari pada hari Sabtu. Tutup pada hari Ahad.

Bagi membuat temujanji untuk servis, para pelanggan perlu mengisi maklumat di www.simedarbyautoselection.com.my. Untuk maklumat lanjut, hubungi 03 – 4065 2502.