Sejak pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diumumkan, orang ramai sudah membuat perjalanan merentas negeri pulang ke kampung berhari raya dan juga kembali bertugas setelah terkandas sekian lama. Setelah berbulan-bulan tidak bergerak, perkara paling penting dilakukan sebelum memulakan perjalanan tentulah memeriksa keadaan kenderaan. Salah satu pusat servis kereta yang boleh dikunjungi ialah Kar Master yang beroperasi di Alor Setar.
Pusat sehenti ini menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk semua jenama kereta di bawah satu bumbung sekali gus menjimatkan masa dan wang para pelanggan yang datang ke sini. Antara perkhidmatan yang disediakan oleh Kar Master termasuk servis kereta, alat-alat ganti kereta, servis penghawa dingin kereta, filem penapis haba kereta, aksesori kereta dan macam-macam lagi.
Objektif utama penubuhan pusat sehenti ini adalah membantu para pelanggan menjimatkan masa tanpa perlu pergi ke lain-lain kedai untuk mendapatkan servis lain. Para pelanggan boleh mendapatkan servis penghawa dingin, pemasangan filem penapis haba, tayar dan rim di sini. Bukan sahaja menjimatkan masa, malah Kar Master turut menyediakan pelbagai pilihan jenama terkenal dan berkualti yang ditawarkan pada harga berpatutan.
Selain itu, hasil kerja tenaga mahir serta layanan mesra para pekerja yang sedia membantu membuatkan para pelanggan selesa sepanjang masa. Lebih menarik lagi, ruang menunggu yang disediakan cukup luas, bersih dan kemas. Sementara menunggu, para pelanggan boleh merujuk nasihat dari para pekerja tentang apa yang sesuai dan terbaik untuk kereta, seiring matlamat Kar Master yang mengutamakan kualiti, nilai serta servis terbaik dalam memenuhi kehendak para pelanggan.
* Para pelanggan boleh membuat temujanji terlebih dahulu sebelum datang mendapatkan servis. Tidak lupa juga, Kar Master turut mematuhi SOP seperti yang disarankan kerajaan.
Waktu Operasi
Sabtu – Khamis : 9.30 pagi – 7.30 petang
Untuk maklumat lanjut, hubungi;
Kar Master One Stop Centre
No. 303, Lorong Perak 16, Kawasan Perusahaan Mergong 2,
Alor Setar, 05150 Alor Star, Kedah.
No Tel / Whatsapp: 017 – 546 0388
Emel : karmaster1stop@gmail.com
Facebook : facebook.com/Karmaster1stop/
Instagram : karmaster_onestopcentre
Youtube: https://www.youtube.com/channel/UCn0FatxvvDQ273Y6vGFg60A/
Lazada :https://www.lazada.com.my/shop/kar-master/
Shopee : https://shopee.com.my/kar_master