Sertai Pertandingan Snap, Tag & Win, Kunjungi Stesen Caltex Yang Berhampiran Anda Di Seluruh Negara


Peminat Dark Knight dan pengumpul patung-patung adiwira boleh mendapatkan koleksi Batman yang kembali di Caltex. Terdahulu, Chevron Malaysia Limited (Chevron) yang memasarkan jenama Caltex ® mengumumkan koleksi ini yang sudah pun berada di semua stesen Caltex di seluruh negara.

Terdapat 4 patung yang dijual setiap satunya pada harga RM19.90 dengan mendaftar untuk kad loyalti Caltex, JOURNEY™ secara percuma dan mengisi minyak minimum pada RM30 secara tunai atau kad kredit/kad debit, StarCash, StarCard atau ShopeePay.

Sejak dua tahun lepas, para pelanggan melihat koleksi ini yang dipamerkan di setiap stesen Caltex. Setiap koleksi ini mengandungi satu Batwing dan tiga kereta ikonik Batmobiles yang boleh dilihat menerusi filem-filem Batman dengan saiz serta spesifikasi yang direka secara eksklusif untuk Caltex.

Ekoran sambutan yang agak memberansangkan pada tahun 2019, koleksi Batman ini ‘lesap’ di rak-rak dalam masa yang sangat singkat membuatkan ramai pelanggan lain yang mahukan peluang sama untuk memiliki koleksi ini.

Kepada para pelanggan yang menggunakan aplikasi CaltexGo yang baharu sahaja dilancarkan untuk mengisi minyak dan layak sebagai Eligibility Criteria akan diberikan diskaun dan hanya dikenakan RM17 untuk setiap patung. Selain itu, peminat yang juga layak sebagai Eligibility
Criteria boleh membeli kit pengumpul eksklusif yang dijual pada RM49.90. Batmobiles yang boleh dikumpul dijual secara berasingan.

Menurut pengerusi Chevron Malaysia Limited, Caltex berusaha untuk memastikan para pengguna mendapat produk berkualiti dan juga promosi yang inovatif. Koleksi Batman ini adalah salah satu peluang untuk menawarkan minyak berkualiti tinggi dan juga perkhidmatan yang terbaik.

Caltex sangat komited dalam memastikan kualiti yang diterima para pelanggan agar perjalanan mereka lancar dan promosi ini turut menghargai kesetiaan mereka yang tidak berbelah bahagi terhadap jenama Caltex ®. Selain itu, promosi ini juga memberikan lebih banyak akses kepada para pelanggan menggunakan cara lain termasuk Caltex Official Store di Shopee.

Bagi makluman, patung Batmobile ini turut boleh didapati di kedai rasmi Caltex di Shopee pada harga RM19.90. Para pelanggan dikehendaki untuk membeli produk pelinciran terpilih untuk layak membeli. E-baucer diskaun RM4 juga boleh didapati di Shopee App sementara stok masih ada. Selain koleksi Batman, e-baucar ini boleh digunakan untuk membeli minyak dan pelincir.

Kepada pemegang kad JOURNEY™, mereka boleh menebus satu patung dengan membelanjakan sebanyak 1,800 BPoints atau kombinasi 500 BPoints dan RM13. Pelanggan AirAsia boleh menebus Big point untuk RM50 StarCash pada Air Asia Big Loyalty app yang boleh digunakan untuk membeli koleksi di stesen Caltex.

Sempena koleksi Batman terbaharu, kit pengumpul (Collector’s Kit) dan RM100 StarCash juga boleh didapati menerusi pertandingan Caltex Snap, Tag & Win. Bagi menyertai pertandingan ini, para pelanggan harus mengambil swafoto (selfie) dengan standee Batman yang terletak di setiap stesen Caltex, muat naik di Caltex Malaysia Instagram dengan melengkapkan kapsyen berikut; “Saya suka Batman Collection kerana…” dan #CaltexMY #CaltexCubaTry #CaltexBatmanCollection.

Pemenang untuk pertandingan ini akan diumumkan pada 30 November 2021 dan 31 Disember 2021. Setiap transaksi pembelian RM30 ShopeePay di stesen Caltex, anda mendapat satu penyertaan untuk memenangi Collector’s Kit yang akan diumumkan pada tarikh yang sama.

Jika berminat, jangan tunggu lama dan kunjungi stesen Caltex berhampiran atau layari Caltex Official Store di Shopee untuk mendapatkan patung ikonik ini dalam koleksi Batman anda. Layari www.caltex.com/my/ untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.