Senarai Perkara Penting Perlu Ada Dalam Kereta

Kebanyakan kita lebih banyak meluangkan masa berada dalam kereta berbanding di rumah atau di pejabat. Selain memastikan kereta sentiasa dalam keadaan kemas dan berbau menyenangkan untuk keselesaan diri sendiri, atau lengkap dengan sistem hiburan, ada perkara lain yang perlu ada.

Ya, tidak dinafikan ada yang menggunakan kereta menjadi tempat letak barang. Pakaian, kasut, letak kayu golf atau peralatan sukan yang lain pun ada. Tak kisah apa juga barang atau perkara yang anda pilih untuk simpan, perkara keperluan seharusnya sentiasa ada tersimpan.

Kit Kecemasan Kereta;
– tayar simpanan/ganti
– jack tayar
– penampal/pengepam tayar
– kabel jumper
– air dan minyak
– pemadam api
– segitiga kecemasan

Perkara Perlu Ada Dalam Laci;
– car manual
– salinan pendaftaran, insuran kereta
– data penyelenggaraan kereta
– buku telefon peribadi (jangan percaya teknologi, kalau bateri mati bukan boleh ingat semua nombor!)
– peta (jangan terlalu percaya teknologi, peta manual pun banyak membantu)
– sarung tangan (kalau ada hal-hal kecemasan)
– lampu suluh yang ada bateri boleh digunakan

Kotak Bantuan Kecemasan
– Pembalut
– Pelekat luka
– krim dan semburan antiseptik
– ubat tahan sakit / aspirin atau paracetamol
– pengelap basah
– air
– sarung tangan pakai buang
– gunting
– pin

Kesemua di atas adalah perkara yang perlu ada, namun anda juga boleh menyimpan barang-barang lain mengikut keperluan dan kepentingan masing-masing.