Sebanyak 2,200 Unit Diserahkan Sejak Dilancarkan Julai Lalu

Honda Malaysia telah mengumumkan berjaya menyerahkan sebanyak 2,200 unit All-New WR-V sejak ia dilancarkan pada Julai lalu. Pada masa yang sama, syarikat tersebut turut meraikan pelanggan pertama yang mendaftar untuk tempahan SUV kecil Honda itu di Malaysia, cik Nurain Binti Mohamad dalam sebuah majlis penyerahan. Diadakan di Accord Auto Sdn Bhd, cik Nurain turut menerima aksesori Honda, Ultra Glass Body Coating dan juga barang-barang rasmi Honda yang bernilai RM5,000!

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, En. Hironobu Yoshimura mengambil kesempatan ini meluahkan kesyukuran kepada para pelanggan yang meyakini jenama Honda dan terus memberikan sokongan khususnya terhadap model All-New WR-V, model terbaharu dalam segmen SUV kecil bukan nasional. Sejak ia dilancarkan, model ini menerima sambutan yang menggalakkan dan mencapai hasil jualan luar biasa.

Varian RS ini adalah penyumbang terbesar yang mencecah sehingga 60% dari keseluruhan jumlah jualan setakat hari ini. Honda Malaysia juga berbesar hati memaklumkan bahawa All-New WR-V ini merupakan model kedua terlaris dari Honda untuk bulan Julai 2023.

Menurut cik Nurain, sewaktu Honda Malaysia mengumumkan bakal melancarkan All-New WR-V, beliau telah membuat kaji selidik dan terus terpikat dengan rekaan serta ciri-ciri yang ada pada model tersebut. Bukan itu sahaja, model tersebut tampil lebih muda dan bertenaga yang boleh dilihat menerusi gaya dan juga penampilannya yang seakan refleksi personalitinya.

Kata cik Nurain lagi, beliau suka All-New WR-V mempunyai rekaan yang kompak di bahagian luar tetapi tetap mempunyai ruang yang selesa di bahagian dalamnya. Justeru, beliau percaya dapat menikmati pemanduan yang selesa ketika memandu kereta ini. Model ini juga sempurna sebagai Small SUV yang dicari-cari selama ini.

Manakala bagi pemilik Accord Auto Sdn Bhd, En. Ng Jit Hua berbangga kerana menjadi pengedar yang menjual kereta Honda yang pertama ini dengan cik Nurain. Sokongan yang padu dan tidak berbelah bahagi pada pelanggan menjadi semangat kepada mereka untuk maju ke hadapan. Sejajar dengan komitmen mereka untuk memberikan yang lebih baik dari apa yang dijangkakan oleh para pelanggan dan terus memberikan perkhidmatan jualan dan selepas jualan yang terbaik untuk para pelanggan.

Bagi makluman, All-New WR-V ini dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan yang serba canggih seperti Honda LaneWatch, ciri-ciri standard yang disediakan untuk semua varian dan Honda SENSING yang mempunyai 8 ciri-ciri keselamatan terkini.

Tambahan pula, varian RS ini dilengkapi dengan Honda CONNECT yang membolehkan para pelanggan ‘berhubung’ dengan kereta mereka dari mana-mana sahaja pada bila-bila masa menerusi telefon pintar masing-masing. Teknologi memberikan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik dan memudahkan para pemilik All-New WR-V. Ia meningkatkan keselamatan kereta-kereta Honda menerusi fungsi-fungsi yang berguna termasuk Automatic Collision Detection, Security Alarm Detection, Speed Alert, Find My Car, Geo-fencing Alert and Emergency Call.

Para pemilik boleh menghidupkan enjin kereta, mengunci dan membuka kunci menerusi alat kawalan jauh. Begitu juga dengan menyesuaikan penghawa dingin menerusi aplikasi telefon pintar. Selain itu, All-New WR-V ini mempunyai exterior yang memikat dan diperhebatkan lagi dengan Mesh-Style Grill bersama krom silber dan Lower Garnish silver. Bahagian depan RS juga dilengkapi dengan Auto LED Headlight dan Front LED Sequential Turn Signal, menambahkan lagi ciri-ciri kemodenan.

Ketinggian All-New WR-V dengan permukaan jalan adalah 207mm, sesuai untuk dipandu di atas semua permukaan jalan dengan mudah. Rekaan yang bergaya All-New WR-V ini diteruskan lagi ke bahagian interior yang turut tampil praktikal serta serba luas sekali gus memberikan kepuasan kepada setiap pemiliknya.

Dikuasakan oleh enjin 1.5L DOHC i-VTEC yang menjana kuasa output maksima sehingga 121PS dan tork 145Nm. Ini diikuti dengan kecekapan bahan bakar Small SUV ini yang menawarkan pemecutan lebih lancar dan prestasi yang responsif, menjadikan ia sebagai kenderaan yang paling tepat dipandu di semua jalan kota dan lebuh raya.

Sekiranya anda berminat untuk memandu uji All-New WR-V ini, sila kunjungi mana-mana 101 wakil pengedar sah Honda di seluruh negara. Bagi maklumat lanjut tentang All-New WR-V, sila hubungi talian bebas tol 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.