Sebanyak 1,700 Unit Dikeluarkan Mercedes

Pengeluaran Mercedes-AMG GT Black Series sudah tiba ke penghujung. Ya, begitulah yang dimaklukan oleh MB Passion. Dilaporkan, sebanyak 1,700 unit versi hardcore untuk sport coupe yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut. Laporan ini telah disahkan oleh Mercedes menurut Motor1.com.

Bagi makluman, GT Black Series telah diperkenalkan buat kali pertama pada Julai 2020 dan menghidupkan semula penjenamaan berprestasi tinggi buat kali pertama sejak tahun 2014. Kuasanya datang dari twin-turbo 4.0-liter V8 yang menguasakan sehingga 7,200 rpm dengan 720 hp serta tork 590lb-ft (800 Nm) disepadankan dengan gearbox dwi-klac 7-kelajuan untuk pertukaran pantas.

Selain itu, The GT Black Series boleh mencapai sehingga 96km/j dalam 3.1 saat dan mencecah 124 mph (200 kph) dalam kurang 9.0 saat. Kelajuan tertinggi yang dicatatkan pula ialah 202 mph (325 kph). Cebisan badannya digunakan dari kereta lumba GT3 dan GT4.

Terdapat beberapa perubahan termasuk grille yang lebih lebar dan splitter hadapan boleh laras secara manual. Terdapat juga liang udara yang besar dalam grille dan juga fender. Wing yang lebar dilekatkan di bahagian belakang dan boleh dilaraskan sehingga 20 darjah.

Pada tahun 2020, coupe ini berjaya mencatatkan rekod untuk pengeluaran kereta sekitar Nürburgring Nordschleife dengan catatan masa 6 minutes dan 43.61 saat. Kemudian, dikalahkan pula oleh Manthey Performance Porsche 911 GT2 RS dengan catatan 6:38.835.

Sumber : Motor1