SDAC-Ford Lancarkan Pelan Waranti Lima Tahun dan Waranti Lanjutan Baharu

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia hari ini memperkenalkan waranti pengeluar 5 tahun1 bagi barisan Ranger mereka iaitu tambahan dua tahun untuk waranti pengeluaran 3 tahun yang ditawarkan sebelum ini – memberikan nilai tambah yang lebih baik kepada para pemilik Ranger. Selain itu, dua Pelan Waranti Lanjutan2 (Extended Warranty Plan) untuk pemilik Ford Ranger sedia ada turut diperkenalkan.

“Kami faham bagi para pemilik Ford Ranger, kenderaan mereka bukan sekadar mod pengangkutan. Ford Ranger merupakan penambahan kepada gaya hidup mereka – untuk kerja dan bersantai selain sebagai pengangkutan untuk keluarga yang tersayang. Dengan waranti pengeluar selama 5 tahun untuk barisan Ranger kami, kami mahu memberikan nilai tambahan kepada pelanggan semasa mereka meneruskan pengembaraan kehidupan,” kata Turse Zuhair, Ketua Bahagian Jualan, Sime Darby Auto ConneXion.

Nilai Tambah yang Lebih Baik dengan Waranti Pengeluar 5 Tahun1
Menawarkan para pelanggan dengan nilai tambahan, kesemua model Ford Ranger Buatan 2021 ke atas didatangkan dengan waranti pengeluar 5 tahun atau 160,000km (yang mana terdahalu) – tambahan 2 tahun bagi waranti 3 tahun atau 100,000km (yang mana terdahulu) yang ditawar sebelum ini.

Lanjutan Keselamatan dan Perlindungan
Selain itu, pemilik Ford Ranger sedia ada yang masih memiliki waranti 3 tahun mempunyai pilihan untuk membeli Pelan Waranti Lanjutan2 (Extended Warranty Plan) dikenali sebagai PremiumCARE dan PowertrainCARE di mana-mana Pusat Servis Ford yang sah.

Pelan PremiumCARE menawarkan perlindungan menyeluruh selama dua tahun untuk lebih daripada 1,000 komponen, manakala pelan PowertrainCARE menawarkan waranti lanjutan selama dua tahun bagi enjin, transmisi dan drivetrain.

Untuk maklumat lebih lanjut bagi Waranti 5 Tahun1 dan Pelan Waranti Lanjutan2 (Extended Warranty Plan) atau pun berita terbaharu tentang Ford, sila layari www.sdacford.com.my