Seramai 60 keluarga dari kelab kereta jenama Exora Negeri Sembilan dibawah naungan Exora Ownercar Club Malaysia atau EOCM telah mengadakan majlis sambutan hari raya pada 07 Julai yang lalu. Bagi menghimpunkan ahli-ahli kelab dan meraikan kemeriahan berhari raya bersama-sama, majlis ini telah diadakan di Mini Dewan Restoren Al Zain yang terletak di No.25, Jalan Pusat komersial 1, Pusat Komersial, Seremban Height 2, Seremban.
Majlis dimulakan seawal jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang. Pelbagai makanan telah disediakan secara potluck di mana ahli-ahli kelab membawa juadah hari raya masing-masing. Tujuan utama program ini adalah untuk mengeratkan lagi ikatan silaturahim dan mengukuhkan ukhwah antara mereka semua selain menikmati suasana hari raya bersama Geng Warikh.