Sanggupkah Tony Stark Pandu Mazda Ni?

Jika anda pengikut setia filem-filem Avenger dari Marvel Cinematic Universe, Tony Stark atau Iron Man merupakan adiwira yang paling diminati. Tambahan pula, Tony Stark yang menjadi penyelamat ulung menyelamatkan dunia dari ancaman Thanos. Ha, itu kalau anda benar-benar peminat Avengers ya!

Sepertimana yang boleh ditonton menerusi filem-filem Ironman, Tony Stark memandu beberapa jenis kereta seperti Audio R8, Acura NSX dan dalam Endgame, Audi E-Tron GT. Namun, itu tidak melumpuhkan semangat pencinta modifikasi kereta yang menghasilkan sebuah kereta bertema Iron Man kepada sebuah Mazda Miata!

Baru-baru ini, gambar Mazda Miata ini telah dikongsi di Reddit yang diambil di sebuah syarikat lelongan. Tidak diketahui kenapa syarikat itu sanggup melelong Mazda yang sudah dimodifikasi sebegitu rupa tetapi apabila memikirkan kembali tentang nasib yang menimpa sepanjang tahun 2020, tiada apa yang mustahil. Setuju?

Perkara yang paling jelas dapat dilihat adalah pemilihan warna tema Iron Man iaitu merah dan emas disalutkan ke atas Mazda ini. Sayangnya, balutan ini telah mula mengelupas di bahagian belakang kereta tetapi ia masih lagi sebuah kereta dengan modifikasi yang cukup sempurna. Ini boleh dilihat menerusi pemegang pintunya.

Kalau Mazda Miati ini benar-benar ingin dilelong, lebih elok ditanggalkan terlebih dahulu balutan Iron Man. Bukan setakat balutannya yang menjadi masalah, kedua-dua logo Mazda ini turut diwarnakan keemasan untuk menepati tema Iron Man.

Sekiranya peminat tegar Iron Man sanggup membelinya, mungkin tiada salah kalau ia dikekalkan begitu. Anda bagaimana? Sanggup beli kereta Mazda Iron Man ini?

Sumber : Carscoops