Sama Tapi Masih Ada Perbezaan?

Nissan akhirnya melancarkan model Z yang direka semula dengan penampilan lebih segar. Biarpun terdapat khabar angin sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Nissan hanya memperkenalkan GT-R 2024 di pasaran Jepun. Walaupun tidak banyak tetapi masih ada ciri-ciri baharu. Pereka untuk model terbaharu ini telah memasang fascia depan dan belakang baharu, begitu juga grille serta ‘sayap’ bahagian belakang untuk meningkatkan prestasi aerodinamik yang membanggakan.

Bukan itu sahaja, rekaan grille yang lebih nipis adalah untuk meningkatkan lagi penyejukan. Dalam perkembangan lain, GT-R Nismo diberikan rear wing baharu dengan swan neck-style begitu juga kawasan yang hampir 10% lebih luas. Model ini turut menawarkan Nismo baharu dalam warna eksklusif yang dikenali sebagai Stealth Gray.

Mungkin ramai yang kecewa kerana tidak mendapat model rekaan baharu yang diharapkan, tetapi spesifikasi GT-R T kembali untuk tahun 2024. Ia dibina di atas GT-R Premium yang ditawarkan dalam dua warna iaitu Millennium Jade dan Midnight Purple. Bukan itu sahaja, spesifikasi GT-R T ini turut dilengkapi rim 20-inci dengan kemasan emas yang dibelakangi dengan brek seramik karbon dari GT-R Nismo.

Selain itu, beberapa ciri lain yang boleh diberikan perhatian seperti fender hadapan yang lebih lebar, sistem kawalan dinamic kenderaan talaan Nismo dan lencana istimewa di bahagian dalam dan luar. Bercerita tentang kabin, edisi sport istimewa Mori Green gelap kulit dan juga upholstery suede. Di pasaran Jepun, T-Spec ini dihadirkan bersama edisi istimewa GT-R Nismo.

Dikuasakan oleh enjin V6 twin-turbo 3.8-liter yang menghasilkan 565hp (421 kW/573 PS) dan tork 467 lb-ft (632 Nm) yang dihubungkan kepada transmisi dwi-klac 6-kelajuan yang menghantar kuasa ke sistem AWD. GTR Nismo menggunakan versi enjin VR38DETT yang dikemaskini dan menghasilkan 600hp (447 kW/ 608 PS) dan tork 481 lb-ft (651 Nm). Walaupun masih menggunakan enjin sama, Nismo mendapat pelbagai kelebihan dari prestasi yang telah dikemaskini lain.

Sumber : Carscoops