Rocket Bunny Silvia

Pada era 1990an menyaksikan kebangkitan permotoran Jepun yang menghasilkan beberapa kereta sport ikonik sepanjang masa termasuk untuk kegunaan di litar dan juga jalan raya. Salah satunya adalah S14, dengan trek lebih luas dan wheelbase lebih panjang dari model sebelumnya iaitu S13. Ia kekal sebagai platform terbaik untuk kereta drift!

Sebagaimana yang dapat dilihat, kereta ini adalah Silvia yang diimport dari Jepun, tampil menyerlah dengan roda emas dan kemasan cat berwarna unggu terang. Namun, apa yang menarik perhatian pada JDM istimewa ini adalah body kit Boss V2 dari Rocket Bunny.

Pemasangan body kit ini lari jauh dari kereta bulat tahun 1990an yang mirip kereta muscle kecil. Dengan bahagian penghujung hadapan berbentuk kotak dengan beberapa lampu bulat. Ia mengingatkan kepada kereta Camaro 1969 dan Cuda. Tidak melampau kalau dikatakan, ia benar-benar kelihatan seperti kereta-kereta lama dari Jepun seperti Celica pertama, takpun Skyline Hakosuka dari Nissan.

Boss Silvia ini dipadankan dengan bahagian depan gaya Amerika dengan fender JDM. Jelas sekali yang pemilik kereta ini mengambil external oil radiator dari penalaan Hakosuka. Mungkin ia dilakukan semata-mata untuk ditayangkan kepada orang ramai dan tidak lebih dari itu?

Sumber : Autoevolution