Ringkas Tetapi Lebih Bergaya Dari BMW Keluaran Terbaharu?

Kalau ada yang tegur, BMW keluaran terbaharu sudah hilang taringnya mesti ramai tidak setuju. Bila menyentuh soal gaya dan penampilan elegan yang meletakkan kereta keluaran BMW pada kelas tersendiri, mungkin tidak salah menoleh sedikit ke belakang dan melihat keluaran terdahulu. Walaupun ringkas tetapi tetap ada nilai eksklusiviti dan tidak melampau kalau dikatakan, sangat classy!

Misalnya kereta BMW M6 keluaran tahun 1988 yang sudah pun berusia 33 tetapi tetap berada dalam keadaan baik dengan penampilan menarik. Ya, mustahil sebuah kereta keluaran tahun 80-an dibiarkan tanpa sebarang kerja baik pulih. BMW M6 ini telah dicat semula pada Jun 2019 dengan warna asalnya, Cinnabar Red. Begitu juga dengan sunroof yang telah dicantikkan. BMW M6 ini dikuasakan enjin inline-six 3.5 liter yang menghasilkan 256hp dan tork 243 lb-ft.

Apa yang menarik perhatian adalah rim BBS 17-inci dengan warna emas di tengah-tengahnya, diikuti lips dari E39 5-Series serta disaluti dengan tayar 235/40 Sumitomo HTRZ II. Bukan sahaja dari sudut penampilan, banyak lagi yang telah dimodifikasi termasuk bahagian performance seperti kit brek besar dari UUC Motorwerks yang terdiri dari kaliper 6-piston Wilwood dan rotor di sekelilingnya. Suspensi juga telah dimodifikasi, camber plate, bar depan dan belakang, dan sport spring dan Bilstein shock di bahagian belakang.

Menyentuh bahagian interior, tempat duduk asal dihanti dengan sport seat boleh-laras dengan kulit Lotus White, tombol M dan juga penghawa dingin. Bagi menambahkan lagi keceriaan kepada kereta berusia 33 tahun ini, ia telah dilengkapi dengan sistem infotainment dari Pioneer dan sistem audio yang telah dikemaskini termasuk speaker Focal 6.5” yang dipasangkan di bahagin depan dan belakang, diikuti woofer 8-inci dari JL Audio.

Sumber : Carscoops