Sime Darby Auto Selection, pengedar kereta terpakai dari pelbagai jenis jenama yang sedang meningkat naik kini telah bekerjasama dengan TREVO dan SOCAR Mobility untuk memberikan revolusi pemilikan kenderaan di Malaysia. Program Fund Your Drive merupakan satu-satunya program yang menawarkan pemandu peluang untuk membeli, memperbaiki kenderaan dari SDAS dengan jaminan harga jualan semula kepada SDAS dalam 12 bulan menerusi pilihan BuyBack
Selain itu, mereka juga memberi jaminan pendapatan sekiranya kereta mereka disenaraikan untuk disewa dalam TREVO, yang membantu kos pemilikan seperti pinjaman pembiayaan dan yuran penyelenggaraan. Pendapatan yang dijamin dari kereta sewa merangkumi sekurang-kurangnya 70%* pinjaman pembiayaan bulanan. Sebagai sebahagian dalam program, pemilik kereta juga bakal menikmati servis auto percuma dari SDAS untuk tempoh 12-bulan.
Menurut Pengarah Urusan Sime Darby Auto Selection, kolaborasi dengan TREVO ini menawarkan peluang yang baik khususnya untuk mereka yang mahu memiliki kereta dan dalam masa yang sama memperolehi pendapatan darinya sekaligus membantu pembiayaan kereta tersebut. Tambahan pula, SDAS turut menawarkan servis percuma selama 12 bulan untuk menyertai program Fund Your Drive yang memberikan sejumlah simpanan untuk penyelenggaran dan juga pemilikan kereta tersebut.
“Sepanjang pandemik, ramai terpaksa berhadapan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu dan membuatkan mereka yang terkesan tetapi memerlukan kenderaan terpaksa berfikir banyak kali sebelum mengeluarkan duit untuk membeli kereta. Program Fund Your Drive ini, pemilik bukan sahaja mempunyai pelbagai pilihan kenderaan yang bersesuaian dengan bajet mereka dari SDAS, malah TREVO turut menawarkan beberapa cara untuk membiayai perbelanjaan untuk memiliki kereta,” kata Ketua Pegawai Eksekutif SOCAR Mobility Malaysia, Leon Foong
Kepada sesiapa yang berminat, anda boleh melayari laman sesawang https://simedarbyautoselection.com.my/ atau dapatkan maklumat lebih lanjut tentang program Fund Your Drive dengan menghubungi menerusi WhatsApp di +6019-205-2803, atau emelkan kepada supply@trevo.my dan juga layari https://simedarbyautoselection.com.my/trevo. Program ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia.