Rebat Istimewa Untuk All-New City1 Dan BR-V Sempena Kempen 1 MILLION DREAMS

Honda Malaysia mengumumkan Rebat Istimewa Bernilai RM5,000 untuk All-New City1 dan BR-V sempena kempen Honda 1 Million Dreams yang dilancarkan terdahulu untuk meraikan kejayaan menjual 1 juta unit bagi syarikat tersebut. Rebat ini adalah ganjaran tambahan sepanjang promosi yang sedang dijalankan.

Rebat istimewa Honda 1 Million Dreams ini menawarkan rebat tunai, baucer servis, baucer alat-alat ganti bernilai sehingga RM5,000 kepada para pelanggan yang mendaftar untuk All-New City1 dan BR-V bermula dari 16 sehingga 31 Mac ini.

Oleh itu, Honda Malaysia menyarankan agar para pelanggan yang berminat dengan All-New City1 atau BR-V untuk segera mendaftar di wakil-wakil pengedar Honda berhampiran sebelum 31 Mac untuk menikmati rebat eksklusif ini. Sejak dilancarkan pada tahun 2020, All-New City terus merancakkan pasaran dengan teknologi unggul, kuasa baru dan juga rekabentuk yang sporty sekaligus menjadikan ia pengubah trend kepada segmen-B.

Dilengkapi dengan penampilan bergaya, rekabentuk yang menonjol, varian V ini menampilkan beberapa ciri menarik seperti lampu hadapan LED baharu dengan DRL LED, lampu kabus LED baharu, lampu belakang LED baharu dengan rim aloi 16-inci. Bahagian interior pula diubah untuk memberikan keselesaan pada tahap lebih tinggi dengan ruang kaki yang lebih luas. Diikuti dengan pengaliran penghawa dingin di bahagian belakang yang didatangkan sebagai standard untuk semua varian.