Rebat Ang Pao RM1,000 Dan Macam-Macam Lagi Sehingga 28 Februari

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) menyambut kedatangan Tahun Baharu Cina tahun ini dengan promosi yang sangat menarik dan menyeronokkan. Para Peminat kereta keluaran Volkswagen bakal menikmati rebat ang pao RM1,000, penjimatan sebanyak RM3,500 untuk pengecualian cukai Arteon R-Line 4MOTION, Passat Elegance, Tiguan Allspace Highline dan Tiguan Allspace R-Line.

Selain itu, Passat Elegance juga didatangkan bersama rebat RM2,500 dan setahun minyak petrol percuma. VPCM menjadikan pemilikan lebih mudah dengan penyelenggaaan percuma selama tiga tahun dan waranti perbautan tanpa had selama 5 tahun.

Semua pengedar sah Volkswagen seluruh Malaysia akan menganjurkan acara di bilik pameran masing-masing dari 15 dan 16 Januari ini dan menyediakan sesi pandu uji. Bagi memastikan keselamatan sepanjang musim perayaan ini, VPCM menyediakan pemeriksaan kenderaan percuma di semua pusat servis yang sah VPCM di seluruh Malaysia. Para pemilik juga boleh menyediakan temujanji menerusi aplikasi Volkswagen Cares.

Para pemilik juga bakal menerima kit penghargaan dari VPCM selepas berbelanja minimum berjumlah RM800 untuk mana-mana perkhidmatan yang disediakan bermula dari 13 Januari. Dengan pilihan untuk memanjangkan tempoh pembayaran lebih 6 atau 12 bulan pada kadar faedah 0% (terma dan syarat), pelan mudah pembayaran Volkswagen mampu dibayar pelanggan untuk membaiki kenderaan ketika musim perayaan nanti.

Maklumat lanjut, layari https://eshowroom.volkswagen.com.my/