Nak Hasil Yang Terbaik Bukan Semudah Petik Jari, Kalau Tak Betul-Betul Boleh Makan Hati…
Dunia modifikasi ni sebenarnya terlalu luas. Walaupun hanya dengan menukar rim sekalipun, ianya juga boleh dianggap modifikasi. Mudah, kan? Tetapi jangan silap, tak semua ubah suai yang kita lakukan itu mudah dan tak semua yang dilakukan itu sukar.
Akan tetapi, adalah tidak mencabar sesuatu hobi itu jika hanya kita melakukan perkara yang sama seperti orang lain. Dengan adanya cetusan idea berbeza, seharusnya kita lakukan sesuatu yang agak luar biasa. Mungkin nampak sama dengan yang lain, tetapi lebih membanggakan ianya adalah hasil usaha dan idea kita sendiri.
Dipendekkan cerita, jika sekali pandang, mungkin ramai menyangka jentera ini adalah sebuah Mitsubishi Evo 3 yang sangat cantik, akan tetapi ianya merupakan sebuah Proton Wira 1.5 yang telah diubah suai dengan begitu ekstrem oleh pemiliknya. Reezal Denji ni boleh dikatakan terkenal di laman sosial lebih-lebih lagi beliau mempunyai ramai peminat yang sentiasa menyukai setiap gambar yang dipaparkannya lebih-lebih lagi jika melibatkan kereta.
Proton Wira 1.5 ini telah dilakukan kerja-kerja khusus untuk ditransformasikan menjadi sebuah jentera yang sangat mirip dengan Mitsubishi Evo 3. Memang tidak disangka ini adalah sebuah kereta buatan tempatan yang telah mendapat satu hasil kerja yang cukup kemas keseluruhannya.
Bahagian belakang jentera ini telah melalui proses di mana ianya telah dipadankan dengan cesi milik sebuah Mitsubishi Evo 3 dan kemudian diperkemaskan dengan begitu teliti. Luaran badannya pula dipadankan pula dengan kit badan Kansai Evo 3 yang sememangnya mengiurkan para peminatnya. Melengkapkan lagi penampilan jentera ini adalah cermin sisi Ganador, diffuser belakang Kansai, antenna ‘5 step’ Evo 3, cermin Cromax Coco, cermin belakang Evo 3, lampu Kristal, signal dan lampu belakang USDM dan pelbagai lagi barangan aftermarket yang sangat-sangat mengiurkan.
Bahagian dalam pula semestinya sudah mendapat salinan lengkap dari Evo 3 keseluruhannya. Pada bahagian papan pemuka pula dipasangkan dengan kemas beberapa meter seperti Defi +Zd, RSM Black, VAFC dan meter 3 beradik Evo 3.
Untuk enjin, semestinya 4G63T pilihan utama. Kepala silindernya dipadankan dengan aci sesondol BC280 lengkap dengan spring injap dan retainer jenama BC dan seterusnya diikat pada pulley boleh laras rekaan kustom. Bahagian blok dan piston pula masih lagi kekal dengan saiz yang asal (harap-harap tak kena game) hahaha. Ekstraktor rekaan Tonnka diikatkan bersama turbo AR70. Intercooler enjin ini turut dikustomkan bagi tujuan penyejukkan udara yang lebih baik.
Kuasa enjin seterusnya dihuraikan oleh kotak gear Evo 2 semi LSD depan dan belakang. Makna kata, enjin ini dijalankan menggunakan keempat-empat tayarnya sepenuh masa! Klac Ogura loceng memainkan peranan untuk memastikan kuasa yang disampaikan lebih cekap dan sempurna ke bahagian roda. ECU Link pula memastikan talaan dan pengurusan enjin adalah lebih sempurna.
Kedudukan jentera ini kelihatan lebih baik dan mudah untuk diubah dengan penggunaan set penyerap hentak boleh laras Tein. Tambah segak apabila rim Volk Racing TE37 berukuran 17 inci bersama-sama tayar Maxxis diikat kemas keseluruhan jentera ini.
Sistem brek dari Mitsubishi FTO diberi kepercayaan untuk memberhentikan jentera ini bagi bahagian depan manakala di belakang dipasangkan dengan kaliper asal milik Evo 3. Maka, kadar kerisauan semasa menyentap kuasa jentera ini agak minimum dan tidak perlu berasa ragu-ragu. Tapi kan, kalau kereta dah cantik-cantik macam ni, owner dia nak ke bawak laju-laju? Bawak slow-slow belanja sikit-sikit dah betul!!!
SPESIFIKASI
-
-
-
- Pemilik –Reezal Denji
- Pengeluar – Proton
- Model – Wira 1.5
- Tahun –
- Modifikasi Enjin –4G63T highcam BC280 with valve spring BC n retainer, block Evo stok, banana Tonkka, turbo AR70 GT30 bush, wastegate Tial, custom cam pully, custom intercooler, oil pump bearing, Kevlar timing belt, 560 injector
- Transmisi – Evo2 semi LSD depan & belakang (4wheell full time), Ogura Clutch
- Elektronik – Link plug in Evo1,2,3
- Ekzos –
- Luaran –Evo 3 Kansai bodykit with arch, side mirror Ganador, diffuser rear bumper Kansai, antena 5 step Evo 3, cermin full cromax coco, wiper mati kiri, door visor Evo 3, head lamp kristal, signal USDM, tail lamp USDM, plate holder Automate, bonet foglamp Evo 3, piping exzos 3 inci steel, muffler HKS
Aksesori & Part Evo3 : Tupai Autopart, Sahabat Garage, Badong Autopart, Man Bodywork, Cincai Boncai (Seremban), ApihQla, AC Custom Bodykit - Suspensi – Tein adjustable
- Brek – Mitsubishi FTO 6speed (depan), Evo 3 (belakang)
- Rim & Tayar – Volk Racing TE37 8.5jj ET32 17”, tayar Maxxis 225/50/17
- Dalaman – Seat Evo 3 depan & belakang, dashboard Evo 3 digital, arm rest telor cf, Defi+ZD, Apexi boost meter, RSM Black, VAFC, meter 3 beradik Evo 3, “no smoking” tray, burger tray Evo 3, gear knob Evo 3, stereng with bosskit Evo 3, door trim Evo 3, sunroof Evo 6
- Bengkel – KN GARAGE
- Warna – Ujang Ga Autocolour
- Tuner – PGS Motosport Dynotuning
-
-