Rasakan Kehangatan Kelisa Seluruh Malaysia

Dianggarkan lebih 240 buah kereta Perodua Kelisa menyertai All Go Unite V7 sekali gus mewakili setiap negeri di Malaysia. Bertempat di d’Tempat Country Club, acara ini dianjurkan oleh Shahmi Bin Kamaludin, Miebizenterprise yang berlangsung pada 29 Januari lalu.

Mengikut jadual asal, acara ini sepatutnya diadakan pada tahun 2020 tetapi terpaksa ditangguhkan ekoran pandemik yang melanda dunia. Akhirnya, ia berjaya juga diadakan pada tahun 2022 ini setelah lama menunggu.

Bukan selalu dapat melihat himpunan kereta Kelisa yang dimodifikasi dengan cukup kreatif dari gaya MDM, USDM sehingga JDM. Secara tidak langsung, ia membuktikan budaya modifikasi kereta tempatan tidak kalah. Segala jenis modifikasi boleh dilihat, tidak kiralah pada warna, interior, aksesori, rim atau pun enjin, semuanya kreatif belaka.

Tahniah diucapkan kepada penganjur kerana berjaya menghimpunkan pelbagai jenis Kelisa. Semoga acara yang sama akan terus diadakan pada masa-masa akan datang!