Raikan Perisik Licik Dunia, Hanya 300 Unit Dikeluarkan

Land Rover meraikan penglibatannya dalam filem terbaharu James Bond, No Time To Die dengan Defender edisi istimewa sekaligus memberi penghormatan kepada perisik terkenal di seluruh dunia khususnya kepada mereka yang suka menonton filem. Hanya 300 unit dikeluarkan, Land Rover Defender V8 Bond Edition ini boleh didapati dalam dua pilihan samada Defender 110 atau Defender 90 yang diinspirasikan Kenderaan yang muncul dalam filem terbaharu tersebut.

Tampil bergaya dengan warna hitam, Bond Edition ini adalah kombinasi Extended Black Pack dengan rim aloi Luna Gloss Black 22-inci bersama Xenon Blue di kaliper brek depan. Selain penampilan eksterior yang gelap, SUV ini turut didatangkan dengan lencana Defender 007 di bahagian belakang. Keunikan SUV ini terserlah di waktu malam dengan lampu grafik 007 yang unik. Ia juga dilengkapi dengan logo Bespoke SV khas “One of 300”.

Menurut pengarah jenama Land Rover, Finbar McFall, Land Rover Defender V8 Bond Edition ini eksklusif kerana paling berkuasa dalam produksi Defender yang pernah dikeluarkan sebelum ini yang diinspirasikan dari filem No Time To Die. Ia juga mewakili dua jenama terkenal dan hebat British iaitu Land Rover dan juga James Bond.

Manakala di bawah hud kereta ini pule menempetkan enjin V8 5.0 liter yang menghasilkan 518 hp (525 PS/386 kW) dan tork 460 lb-ft (625 Nm) yang membantu model 90 mencapai 60 mph dalam masa hanya 4.9 saat dan kelajuan tertingginya pula dicatatkan pada 149 mph (240 km/j).

Selain Land Rover Defender, dua lagi Range Rover Sport SVR akan muncul dalam filem yang bakal ditayangkan pada 30 September nanti iaitu Range Rover Classic dan Land Rover Series III.

Sumber : Carscoops