Kalau anda pengikut BMW, pasti tidak ketinggalan menonton satu lagi episod dalam siri “Inside BMW Group Classic dan kali ini, kupasan yang lebih menarik tentang kereta konsep dari tahun 1990-an. Prototaip ZBF-7er yang tidak pernah dilihat sebelum ini, merupakan rekaan yang dikaji untuk flagship 7-Series menampilkan grill besar dan juga interior mewah yang mendahului zamannya.
Jika dilihat dari video ini, pereka veteran, Joji Nagashima yang dikenali menerusi beberapa hasil kerjanya yang popular seperti E36 3-Series dan Z3 Roadster, mempersembahkan kereta konsep ini kepada pasukan perekanya. Pada awal tahun 1990an, mereka telah mencipta kajian untuk masa depan keluarga sedan BMW seperti 3-Series, 5-Series dan juga 7-Series.
ZBF-7er ini mempunyai footprint yang lebih besar berbanding E38 7-Series yang masih lagi dalam produksi ketika itu. Rekaan vertikal kidney grille seperti nostril gergasi itu pastinya kelihatan sangat pelik untuk tahun 90an. Namun begitu, ia tampil lebih ringkas dan sesuai dengan bahagian lain kereta berbanding G22 4-Series moden. Grille yang menjadi signature ini dikombinasikan pula dengan bonet yang tinggi, lampu utama melintang dan jalur krom di bahagian bampar hadapan.
Sudut profil pula menyaksikan garis tingkap yang agak mirip dengan E65 7-Series tahun 2001. Apa yang menariknya, ZBF-7er ini mempunyai pemegang pintu pop-up dan cermin untuk meletak kamera, dua ciri aerodinamik yang ada pada model hari ini, iaitu hampir 3 dekad kemudian.
Bahagian badannya pula sangat minimal tanpa sebarang jalur atau hiasan krom dari depan ke belakang. Setiap panel diperbuat dari metal, dilentur tangan di Itali menggunakan teknik old coachbuilding. Satu-satunya elemen hiasan profil BMW adalah bahagian sisinya dengan kemasan krom mungkin perekanya memikirkan ia sesuai untuk wheelbase panjang. Bahagian fender pula diisi dengan rim berdiameter lebar.
Menurut Nagashima, roda yang paling besar ketika itu adalah 19 inches dan mereka terpaksa menempah custom-made tayar hand-cut tires untuk kereta konsep ini. Jika sudut luarnya terlalu bergaya untuk kereta tahun 90-an, bahagian dalamnya pula agak futuristik. Skrin infotainmen agak kecil jika dibandingkan dengan standard hari ini. Namun, ia dihubungkan dengan kluster instrumen analog. Satu lagi ciri yang menjadi trend masa kini.
Setiap butang disusun atau diletakkan di bahagian tengah, di bahagian stereng atau juga di atas dashbord sekaligus memberikan ruang konsol tengah. Gabungan kayu dan metal digunakan dengan upholstery berwarna cerah untuk tempat duduk dan kayu gelap untuk bahagian bawah kabin.
Sebagaimana setiap limosin, penumpang belakang tidak diabaikan. Tempat duduk belakang telah dilengkapi dengan tempat laptop, meja yang boleh dibesarkan dan beberapa butang yang kelihatan seperti iDrive BMW yang diperkenalkan kemudian. Kereta prototaip ini boleh dipandu, malangnya BMW tidak menyediakan info lebih lanjut tentang apa yang ada di bawah bonet hadapan. Mungkinkah enjin V12 5.4 liter dari E38 7 Series yang menghasilkan 322 hp (240 kW / 326 PS) dan tork 490 Nm (361 lb-ft) kerana ia sangat sesuai untuk kereta ini.
Menurut Nagashima, prototaip ini sangat diterima baik oleh ahli-ahli pasukan pereka pada tahun 1990an dan semua orang di BMW sangat menyayanginya. Walaupun terlalu banyak elemen dari ZBF-7er boleh ditemui dalam beberapa model selepasnya, video ini tidak pula menceritakan kenapa ianya tidak ditunjukkan kepada orang ramai sebagai kereta konsep dan apa yang jadi seterusnya?
Sumber : Carscoops