Maserati memulakan era baharu untuk jualan dengan menggabungkan pengalaman proses jual beli tradisional dan secara maya sehingga tercetusnya projek OTO Retail (OTO bermaksud online to offline, begitu juga sebaliknya. Projek OTO Retail ini merupakan cadangan komersial baharu dalam kerjasama bersama para wakil pengedar yang menawarkan pengalaman inovatif kepada para pelanggan.
Projek ini menambah beberapa peralatan digital untuk menyokong jualan, selain mengekalkan watak utama para wakil pengedar dan membolehkan para pelanggan terlibat secara sepenuhnya dalam pengalaman jual beli dengan memilih aspek-aspek yang ada di bilik pameran Maserati yang kini boleh dilihat sepenuhnya secara digital.
Menurut Ketua Pegawai Komersial di Maserati, para pelanggan sentiasa menjadi fokus utama Maserati untuk meneruskan inovasi sejarah jenama ini bersama tradisinya, kualiti dan juga eksklusiviti. Oleh itu, pihak Maserati telah mengubah proses jualan dan berevolusi.
Jenama ini bukan sahaja mahu mencapai malah melakukan sesuatu yang menjangkaui jangkaan para pelanggan yang boleh menikmati semua kelebihan ini.
Terdapat perubahan kelakuan para pelanggan atas talian khususnya dalam segmen mewah di mana servis digital dilihat menjadi elemen kunci utama. Bagaimanapun, e-Commerce hanyalah sebahagian dari respons Maserati. Jurang sempadan di antara pembelian secara atas talian dan juga fizikal semakin hebat.
Justeru itu, Maserati bersedia dengan model terbaharu ini di mana para pelanggan baru boleh mengikutinya tidak mengira di mana lokasi mereka. Ianya tidak terhad hanya di rumah atau depan skrin komputer, malah ia juga ada di kedai-kedai fizikal. Dalam masa yang sama, bantuan maya juga menawarkan servis secara atas talian ; manakala ruang untuk jualan fixikal juga akan dikembangkan dengan servis yang dipertingkatkan.
Model terbaharu ini akan dilaksanakan di setiap kedai dan bilik pameran Maserati di seluruh dunia bermula tahun hadapan bermula di Milan dan Shanghai. Buat masa ini, OTO Retail telah dilancarkan sebagai pilot projek di pasaran Amerika Utara.