Berikutan lanjutan pengecualian cukai oleh kerajaan sehingga 30 Jun 2021, MINI Malaysia kini menawarkan program baharu untuk MINI Countryman SE dan model-model MINI yang lain. Program ini membolehkan semua pemilik baharu MINI Countryman SE untuk menikmati kadar faedah serendah 0% (berdasarkan Straight Line Financing). Bayaran ansuran bulanan pula bermula RM2,678 bersama jaminan bateri voltan tinggi sehingga 8 tahun.
MINI Countryman SE dilengkapi siistem pacuan semua roda. Selain mode eDrive yang membolehkan pemandu membuat pilihan antara mod pemanduan elektrik, enjin atau hibrid untuk pemanduan yang lebih efisien. Pelanggan MINI Countryman SE yang membeli Program Inklusif Servis dan Pembaikan MINI (MSRI) untuk tempoh 4 tahun juga layak menerima tawaran lanjutan tempoh selama setahun bagi program tersebut.
Program yang bermula hari ini sehingga 31 Mac 2021 menawarkan penjimatan bagi model-model MINI lain seperti MINI 3 Door, MINI 5 Door, MINI Clubman dan MINI Countryman. Untuk melihat senarai lengkap model-model dan program yang ditawarkan ini, sila layari https://www.mini.my/sstsavingsspree.
Sumber : Mekanika