Program Bantuan Untuk Pengguna Yang Terjejas

Kejadian banjir yang melanda beberapa negeri pada minggu lalu telah melumpuhkan kegiatan ekonomi dan menyebabkan ramai mangsa memerlukan bantuan untuk kembali memulihkan keadaan. Di atas kesedaran itu, pelbagai pihak telah tampil dengan program-program bantuan yang bertujuan meringankan beban mangsa-mangsa yang terlibat.

Begitu juga dengan Daihatsu (M) Sdn. Bhd yang melancarkan program Daihatsu Flood Relief sebagai sebahagian inisiatif membantu pelanggan yang terkesan di seluruh Malaysia. Berpegangkan kepada slogan Light You Up yang menyinari kegelapan, DMSB berusaha untuk memberi sinar harapan kepada para pelanggang yang terjejas teruk akibat banjir ini.

Program ini terbuka kepada semua kenderaan Daihatsu yang terkesan dan rosak akibat banjir yang dimulakan bermula dari 22 Disember dan berakhir 28 Februari 2022 di semua pusat servis Daihatsu. Program ini memberikan manfaat kepada para peniaga kecil-kecilan dan juga korporat.

Menurut Pengarah Urusan Daihatsu Malaysia Group berkata, rakyat Malaysia menyaksikan ratusan kenderaan terperangkap dalam kejadian banjir. Antara yang terkesan ialah pengguna Gran Max termasuk pemilik perniagaan yang terlibat dalam urusan harian, kurier yang membuat penghantaran setiap hari dan pengangkutan dari satu daerah ke daerah lain yang memerlukan pemeriksaan segera dan juga servis.

Program Daihatsu Food Relief menyasarkan keselamatan kepada semua pengguna dan meningkatkan operasi yang lebih efisen serta memastikan perniagaan tidak terjejas. Bagi makluman, program Daihatsu Flood Relief menawarkan bantuan kepada pemilik Daihatu yang terjejas bernilai sehingga RM100* Towing Service Subsidy untuk setiap kereta ke pusat servis Daihatsu berhampiran mengikut terma dan syarat.

Selain itu, para pemilik juga mendapat beberapa kelebihan lain seperti diskaun sehingga 40% untuk alat-alat ganti asal Daihatsu dan 20% upah buruh dan servis pemeriksaan kenderaan percuma. Alat-alat ganti asal Daihatsu didatangkan dengan waranti pengeluar untuk setahun / 20,000Km* (yang mana satu tiba dahulu).

DMSB juga menawarkan solusi mobiliti dengan mengerahkan pasukan Daihatsu Mobile Service untuk menyediakan kenderaan servis di tempat yang mudah untuk para pelanggan dan juga pada masa yang diperlukan, bergantung kepada jarak dan ketersediaan servis tersebut.

Sebagai pengedar sah untuk Hino Malaysia, mana-mana pemilik DMSB Hino juga berpeluang untuk menikmati bantuan program ini yang diadakan bersama dengan Hino Malaysia. Semua pusat servis Daihatsu kekal beroperasi sepanjang waktu genting ini, memberikan akses optimum kepada pemilik yang benar-benar memerlukan bantuan.

Para pengguna Daihatsu yang terjejas digalakkan untuk menghubungi Daihatsu Road Assist 1-300-88-3667 untuk servis lori tunda atau 03-5512 3411 untuk Daihatsu Mobile Service. Bagi bantuan lanjut, hubungi 03-5512 5824 atau 011-2689 5133 (En. Muhammad Sobri).